in

“Tak dapat menyanyi macam biasa”- Celine Dion Hidap Sindrom Orang Kaku, Kesihatan Makin Merosot

Celine 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesihatan penyanyi tersohor dunia iaitu Celine Dion kini dikhabarkan semakin merosot disebabkan penyakit rare yang dialami sejak Disember tahun lalu. Dikatakan, Celine Dion menghidap Stiff-person Syndrome atau sindrom orang kaku menyebabkan dirinya hilang keupayaan untuk mengawal otot.


Perkara ini dikongsi oleh kakak kepada penyanyi ‘My Heart Will Go On’, Claudette melalui temu ramah oleh laman web 7 Jours. Dia mengatakan adiknya kini sedang berusaha melawan penyakit yang dihidapi.

Celine 1

Ingin Celine kembali ke pentas tapi..

Claudette mengakui masa depan Celine Dion sebagai penyanyi masih tidak jelas kerana penyakit kekejangan otot tersebut sangat memberi kesan dalam hidup adiknya sehingga memerlukan bantuan orang sekelling.

Kami mengimpikan dia dapat kembali ke mengejar impiannya untuk kembali ke pentas, tapi kemampuan itu tiada.

Namun begitu, Claudette kagum adiknya itu sentiasa bekerja keras dan ibu mereka selalu berpesan kepada Celine untuk tidak berputus asa.

Ibu kami selalu berpesan, Celine akan menjadi serang yang berjaya.

Artikel berkaitan: “Maaf Kerana Mengecewakan Anda” – Celine Dion Batal Konsert, Terlalu Lemah Untuk Terus Menyanyi

Artikel berkaitan: “eave me alone” – Tampil Kurus Keding, Celine Dion Suka Dengan Dia Punya ‘New Look’

Pita suara Celine Dion terganggu

Menurut The Straits Times, penyakit itu juga membuatkan Celine sukar untuk berjalan dan pita suaranya terganggu apabila hendak menyanyi seperti biasa.

Pita suara adalah otot dan jantung saya juga otot. Inilah yang tejadi kepada saya. Saintis pun tak buat penyelidikan yang mendalam sebab penyakit ini jarang dijumpai. – ujar Celine Dion

Kini, Celine Dion sentiasa mendapatkan rawatan daripada pakar mengenai penyakit rare tersebut. Untuk rekod, pada tahun 2022, Celine terpaksa membatalkan konsertnya selepas mengalami kekejangan otot yang teruk dan berterusan.

Sumber: The Straits Times, Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.