Hanya disebabkan data Internet telefon bimbit dihabiskan, seorang ibu tidak dapat mengawal marah sehingga sanggup menyimbah air panas ke atas anak kandungnya hingga cedera parah.
Wanita itu melakukan tindakan tersebut di sebuah rumah di Sungai Udang, Melaka kira-kira jam 2.56 pagi pada 27 Jun tahun lalu.
Dalam sesi mahkamah hari ini, tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel berkaitan: “Arrogant!” – Wanita Simbah Air Dekat Pak Guard & Rider Sebab Tak Hantar Order Depan Pintu
Artikel berkaitan: Wanita Warga Emas Simbah Asid Dipenjara 12 Bulan, Tak Tahan Kena ‘Provoke’ Jadi Punca
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Selain tindakan itu, tertuduh turut didakwa sering memukul anaknya yang berusia 13 tahun, namun perbuatan tersebut terbongkar setelah rakan mangsa menyedari terdapat kotoran seperti kesan luka pada baju sekolah dipakai mangsa.
Rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada ibunya, sebelum mereka membuat laporan polis.
Difahamkan, jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain dia tidak diwakili peguam.