in

“Tak dapat jumpa gong gong” – Kanak-kanak Dari Selangor Sedih Atuk Meninggal Kerana Covid Sebab Kawan Sorok ‘Result’ Positif

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak dari Selangor baru-baru ini telah kongsikan video di YouTube mengenai pengalaman dia kehilangan orang tersayang akibat Covid-19.


Menerusi channel yang dikongsikan dengan adiknya M&M Channel di YouTube, Mavis yang berusia sembilan tahun ini telah kongsikan cerita bagaimana atuknya meninggal akibat Covid-19.

Biasanya, Mavis dan adiknya Meghan akan kongsikan video dia dan adiknya menari atau berseronok. Namun kali ini dia memberitahu yang videonya ini tak sama seperti video biasa.

Ea21

Mavis ceritakan, ketika sambutan tahun baru yang lepas, atuknya yang dipanggil “Gong Gong” itu telah mendapat jemputan untuk keluar minum teh dengan kawan rapatnya sempena sambutan tahun baru.

Tapi, kawan baiknya itu tak beritahu atuk saya yang dia pergi buat ujian saringan Covid-19 beberapa hari sebelum dorang berjumpa. Dia tak cakap langsung pasal ujian tersebut.”

Kanak-kanak ini, meluahkan kekecewaannya dengan tindakan kawan baik atuknya yang mengambil mudah tentang perkara ini dan memanggil lelaki itu sebagai orang yang tak bertanggungjawab kerana selepas didapati positif pada 1 Januari, dia tetap tak beritahu sesiapa termasuk atuknya.

7E9B

“Tak faham kenapa kawan atuk dan doktor tu sangat tak bertanggungjawab”

Pada 4 Januari, Mavis mengatakan yang atuknya mula jatuh sakit dan telah pun pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Walaupun mempunyai gejala seperti selesema, sakit belakang, rasa seram sejuk, doktor yang memeriksa atuknya ini tak pernah minta atuknya untuk buat pemeriksaan Covid-19.

Saya tak faham kenapa kawan atuk dan doktor tu sangat tak bertanggungjawab.”

Kemudian, pada 11 Januari, ibu Mavis telah membawa atuknya itu ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan Covid-19.

Di hospital, doktor menemui yang atuknya itu mengalami radang paru-paru dan perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.

9Af5

Keesokan harinya, keadaan kesihatan lelaki ini semakin merosot dan dia terpaksa dikejarkan ke ICU dan perlu dipasangkan alat bantuan pernafasan.

Ketika ini kami masih menunggu keputusan Covid-19 jadi kami tak dibenarkan untuk teman atau berjumpa dengannya.”

Sambil cuba menahan kesedihan, Mavis meneruskan ceritanya dengan mengatakan yang atuknya ini disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama dia dimasukkan ke dalam ICU.

Katanya, atuknya itu telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19.

Dia telah dimasukkan ke hospital swasta selama 4 hari dan kami keluarkan sebanyak RM50,000 untuk kos perubatannya sementara menunggu katil kosong di Hospital Sunngai Buloh.”

Malangnya, pada tengah malam 29 Januari, ibunya mendapat panggilan yang atuknya berusia 78 tahun itu telah pun meninggal dunia.

Kami tak berpeluang nak jumpa dia lagi. Kami cuba nak video call tapi dekat sana tak ada signal.”

“Gong gong seorang yang baik, orang yang paling best dalam dunia”

3524

Dalam video ini juga, Mavis mengatakan yang tujuan dia kongsikan video ini adalah untuk memberi nasihat supaya orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab semasa pandemik ini.

Nenek saya, adik saya, sepupu saya dan dua orang makcik saya juga disahkan positif Covid-19 Januari lalu.”

Mavis mengingatkan orang ramai untuk duduk di rumah dan jangan berjumpa dengan orang jika rasa tak sihat atau bila buat ujian saringan.

Gong gong seorang yang baik. Dia orang paling best dalam dunia. Selalu masakkan makanan kesukaan saya dan bawa saya keluar makan. Dia juga selalu tolong keringkan rambut saya bila lepas mandi.”

Kanak-kanak ini juga turut meminta orang ramai untuk kongsikan videonya ini supaya lebih ramai orang faham pengalaman orang yang hilang orang tersayang.

 

Baca: “Tengok org meninggal depan mata, masuk dalam beg berzip” – Bekas Pesakit Kongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada di Wad Covid-19

Screenshot 2021 02 24 At 6.18.19 Pm

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.