in

“Tak dapat bayaran” – Ammar Nazhan Akui Polis & Tentera Dalam ‘Content’ Di Indonesia Hanya Berlakon?

syaz ft 2025 02 25T163936.299

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

YouTuber kontroversi, Ammar Nazhan masih menjadi bualan ramai susulan content yang dibuat olehnya di Indonesia.

Terbaru, aktivis dan rapper terkenal, Caprice membawa Ammar Nazhan dalam raancangan audio siarnya dan bertanyakan latar belakang sebenar insiden content di mana seorang team YouTuber itu hilang dalam hutan di Indonesia.


Artikel berkaitan: “RM10k untuk bayar polis, tentera” –  Rakan Ammar Nazhan Bongkar Kisah Di Sebalik ‘Content’ Hilang

Artikel berkaitan: “Fikirlah sebelum nak pertahankan juga” – Caprice Beri Pesanan Pada Ammar Nazhan, Lepas ‘Kantoi’ Isu Insiden Palsu

Selepas Caprice ‘mengupas’, difahamkan polis serta tentera yang ‘membantu’ dalam misi pencarian Eyka itu sebenarnya hanyalah berlakon.

Ammar dalam rancangan itu berkata meskipun mereka itu berlakon namun tiada bayaran diberi kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Dia juga memberitahu, seorang lagi YouTuber yang juga bersama dalam pembikinan content itu, Aras Abdullah yang menguruskan pasukan polis tersebut.

Menurutnya, pasukan polis dan tentera itu juga pernah berkolaborasi denga YouTuber tempatan dan disebabkan itu mereka tiada masalah dalam menyertai pembikinan content penuh kontroversi itu.

Hmm, makin berbelit pula cerita ni…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.