Kerana tidak cukup wang di tangan, si ayah terpaksa bawa pulang mayat bayinya yang baru lahir itu naik motosikal kerana tak mampu bayar ambulans.
Ayah yang dikenali sebagai Asdar, 29 dikatakan membawa mayat anaknya itu dari daerah Bone ke daerah Sinjai yang memakan jarak sehingga 70 KM.
Menurut sumber, lelaki dari wilayah Sulawesi Selatan itu menggendong mayat bayi yang dilahirkan pramatang itu sambil membonceng motosikal dengan bantuan abangnya.
Duit tak cukup, tak ada pilihan lain
Dikhabarkan, pada waktu itu, Asdar hanya ada 600,000 rupiah (RM174.94), tetapi caj untuk sewa sebuah ambulans adalah 700,000 rupiah (RM204.10)
Lapor sumber lagi, Asdar merayu agar pihak hospital boleh runding semula harga kepadanya kerana mahu semadikan jenazah bayinya itu dengan segera memandangkan waktu pada ketika itu sudah pukul 9 malam.
Memandangkan jumlah itu telah ditetapkan, Asdar tidak mempunyai pilihan lain selain gendong sambil bawa motor sendiri.
Respon pihak hospital
Memandangkan kejadian itu jadi viral, pihak Hospital Datu Pacaitana daerah Bone ada mengeluarkan kenyataan bahawa timbul salah faham (miscommunication) antara petugas dengan Asdar.
Kata pihak hospital, mereka telah bersetuju untuk nego jumlah bayaran yang sepatutnya berjumlah 700,000 rupiah (RM 204.10), namun tawaran itu ditolak oleh Asdar.
Malah, pemandu kereta jenazah juga dikatakan sempat mengejarnya namun, Asdar meminta mayat anaknya dibawa sendiri menggunakan motosikal.