Sejak kerajaan membenarkan rentas negeri, ramai yang mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan keluarga yang dirindui.
Malah di media sosial, banyak video-video yang dikongsi menunjukkan mereka membuat kejutan berjumpa semula dengan ibu bapa di kampung.
Antara yang menarik perhatian adalah video dikongsikan oleh pengguna TikTok @sufiahnazirah ini yang dikatakan telah membuatkan ramai netizen banjir air mata.
Menurut Sufiah, dia dan adik beradiknya semua tinggal di Sepang bersama ibunya kecuali abang sulung mereka yang tinggal di Terengganu.
Dalam video tersebut, Sufiah menjelaskan dia telah mengajak ibunya untuk menemaninya ke Celcom di KLIA namun apa yang ibunya tak tahu adalah abang sulungnya (Alom) bakal membuat kejutan di sana.
Tak cam suara anak
Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok Alom telah berpura-pura menyamar sebagai pengunjung di sana sebelum menyapa ibunya untuk menanyakan mengenai jam.
Wanita yang sedang duduk bersendirian itu telah menjawab soalan ‘pengunjung’ tersebut tanpa mengesyaki bahawa lelaki tersebut adalah anaknya sendiri! Maybe sebab pakai mask dengan cermin mata hitam.
Alom kemudiannya berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih sebelum berpatah balik dan membuka pelitup mukanya.
Sebaik melihat wajah anaknya, ibu ini terus menangis dan memeluk sayu abang Sufiah ini. Memang sayu betul tengok.
@sufienasir Kami adik beradik semua kat Sepang except Alom kat Tganu.. Mak siap tanya x boleh ke kalau g Celcom esok. (sorry video kena manual rotate. Tgh sedih)
“Sebak sebab hanya tinggal pusara”
Rata-rata netizen yang melihat video ini turut sedih sampai ada yang menitiskan air mata lebih-lebih lagi anak yatim yang dah kehilangan ibu bapa atau yang masih belum sempat berjumpa dengan ibu bapa mereka.
Allahu, memang sebak kalau tengok video macam ni…