in

“Tak boleh berkempen, pakai logo parti” – Ini Antara Kesalahan Yang Dibuat Segelintir Pengundi Hari Ini

Kesalahan Pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi di seluruh negara mencapai 50 peratus setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Pun begitu, ada beberapa insiden yang kurang enak berlaku di beberapa kawasan pengundian yang mana melibatkan penyokong dan pengundi yang didapati melakukan kesalahan seperti yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya.


Menerusi beberapa ciapan di Twitter, difahamkan ada segelintir penyokong kelihatan sibuk ‘berkempen’  dan ianya jelas melanggar undang-undang di bawah Seksyen 26 (1) (iii).

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @ednasri turut mempersoalkan pendirian SPR kerana salah seorang calon iaitu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Rusila, di sini didapati memasuki tempat pengundian dengan memakai pin berlogokan parti tersebut.

 

Fh5Zuyuuoaaa5Hz

Perkara tersebut turut disahkan dengan ciapan yang dimuatnaik oleh laman Harakahdaily yang melaporkan bahawa Hadi Awang telah selesai menjalankan tanggungjawabnya di Rusila.

Pun begitu, tindakan SPR untuk membenarkan presiden PAS tersebut untuk mengundi dipersoalkan oleh orang ramai kerana ada insiden lain yang melibatkan calon Barisan Nasional yang tidak dibenarkan mengundi kerana memakai baju berlogo parti tersebut ketika tiba di pusat pengundian.

Sementara itu, seorang pemuda di pusat pengundian di Pulau Pinang dilaporkan juga tidak dibenarkan untuk mengundi gara-gara datang ke pusat pengundian dengan berpakaian ‘predator‘, watak dalam filem lakonan Arnold Schwarzenegger.

Fh5Trm5Amaysg5E

Ketika ditemubual, lelaki misteri berkenaan tidak mahu mendedahkan namanya dan alasannya untuk berpakaian sedemikian. Namun, menurut laporan, pihak PDRM telah mengarahkannya untuk menukar pakaian sekiranya ingin mengundi.

Berikut adalah perbuatan yang dilarang dan menjadi kesalahan menurut Akta Kesalahan Pilihanraya :

Kesalahan Pilihan Raya

Diharapkan agar orang ramai lebih cakna tentang kesalahan-kesalahan ini supaya tidak dihalang oleh SPR untuk mengundi pada hari ini, terutamanya kepada pengundi-pengundi muda yang pertama kali keluar mengundi pada kali ini.

Baca : “Salah SPR, saya kena jumpa pengarah” – Pengundi Di Setiawangsa Berang SPR Tak Benarkan Mengundi

Pengundi Setiawangsa Tidak Dibenarkan Mengundi

Sumber: Twitter
Sumber: Star Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.