in

“Tak bahaya ke?”- Senaman Leher Tergantung Popular Di China, Katanya Dapat Kurangkan Sakit Belakang?

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita banyak menghabiskan masa di rumah ketika pandemik COVID-19, namun kecergasan badan perlu sentiasa dijaga. Jadi, kalau ada masa lapang, kenalah bersenam atau buat warming-up sekurang-kurangkan tiga kali seminggu.

Di China pula, ada sejenis senaman yang sedang popular dalam kalangan penduduk di wilayah Liaoning di sana iaitu senaman gantung leher! Memetik laporan Oddity Central, senaman ini melibatkan leher kita yang digantung pada tali khas yang kemudiannya digantung pada besi senaman di tempat bersenam atau pada pokok-pokok di taman.


Senam 1

Kemudian, individu yang bersenam itu akan menggerakkan badan mereka dalam rutin secara bulatan. Senaman ini dikatakan banyak diamalkan oleh mereka yang telah bersara.

Difahamkan, senaman khas untuk leher ini didakwa boleh membantu merawat sakit belakang yang dialami mereka. Menurut wanita warga emas yang turut melakukan senaman dengan cara ini selama 30 minit setiap hari, dia mendakwa dia dah tak payah makan ubat untuk masalah tulang belakangnya.

Senaman 2

Dia memberitahu Pear Video yang senaman tu memang selesa sebab dia kadang-kadang boleh tertidur ketika bersenam.

Mula popular sekitar beberapa tahun lalu, senaman gantung leher ini dikatakan telah dicipta oleh orang Shenyang Sun Rongchun pada tahun 2017 untuk melegakan sakit leher.

Jadi, dia mula mengesyorkan senaman itu kepada orang lain sebab katanya senaman tu menjadi.

Namun, pakar kesihatan memberi amaran bahawa senaman ini boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang dan keberkesanannya juga masih belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Untuk pengetahuan semua, leher kita hanya mampu untuk menahan berat sebanyak 25 kilogram jadi kalau kita guna leher secara berterusan dalam jangka masa yang lama untuk menyokong berat badan kita yang lebih 25 kilogram ni, dikhuatiri akan ada kesan negatifnya nanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok video kat sini.

Rasanya ada banyak lagi senaman yang bermanfaat yang boleh kita buat. Ingat, bersenam tu memang digalakkan tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. 

Sumber: Oddity Central, YouTube South China Morning Post, Daily Mail UK

Baca: Nampak Bongkok Masa Berjalan? Amalkan ‘Exercise’ Ini Untuk Betulkan Postur Badan

Senam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.