in

“Tak bahaya ke buah pinggang?” – Makan Macam-macam Pil Kecantikan, Netizen Risau Tengok Influencer

Nurina Afiqah Makan Supplement

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada mengutamakan kesihatan tubuh badan, wanita di luar sana juga mementingkan kecantikan wajah dan sanggup berhabis wang ratusan ringgit setiap bulan untuk ke spa, alatan mekap dan supplement yang sesuai.

Walau bagaimanapun, tindakan seorang influencer di TikTok baru-baru ini menimbulkan kerisauan netizen selepas dia dilihat memakan pelbagai jenis pil supplement untuk kecantikan diri.


Makan pil untuk sunblock dan menghidrat kulit? 

Menerusi video yang dikongsikan influencer Nurina Afiqah, dia dilihat berkongsi pelbagai jenis supplement ‘essential’ yang diambilnya setiap hari demi kecantikan diri.

Antara pil yang disebut Nurina termasuklah pil untuk sunblock, penghidratan kulit, vitamin c dan banyak lagi.

@nurinafiqaaah

Beauty is expensive

♬ original sound – @nurinafiqaaah – @nurinafiqaaah

Dia juga dilihat menelan semua pil-pil tersebut sekaligus ‘like a pro’. Fuh kagum tengok skill dia telan semua pil sekali tanpa rasa nak tercekik kan? 

“Banyak sangat tu supplement… sakit buah pinggang nanti” 

Video tersebut mendapat komen teguran netizen yang bimbang melihat influencer berkenaan memakan terlalu banyak pil yang mana boleh merosakkan buah pinggang.

Malah ada juga yang meragui sama ada pil-pil tersebut benar-benar berkesan ataupun tidak.

Buah Pinggang

Apa-apapun kalau ubat-ubatan tersebut mendapat pengesyoran doktor, bagi admin ia tidak ada masalah. Cuma berhati-hatilah dalam memakan sebarang ubat tanpa pengesahan doktor. 

Baca: “Bukan sebab ubat kurus” – Khabar Angin Dakwa Buah Pinggang Nad Zainal Bermasalah Tak Benar

Nad Zainal

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.