Baru-baru ni, seorang isteri berusia 22 tahun didakwa melarikan diri meninggalkan suami dan anak berumur 3 tahun kerana obses dengan permainan PUBG.
Suami wanita itu, Apis berusia 24 tahun berkata isterinya telah hilang sejak 31 Mei selepas berkenalan dengan seorang lelaki dari PUBG dan melarikan diri menggunakan motosikal.
Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas. Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri.”
Dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian.”
Baca berita penuh di sini.
Bagaimanapun, menerusi Twitter saudara kepada wanita terbabit telah mendedahkan cerita di sebalik kehilangannya. Katanya, lelaki itu bukan suami yang baik kerana tidak menjaga isterinya dan juga seorang kaki pukul!
Kesian cousin aku ni satu Malaysia fitnah dia. Laki dia pun amboiii. Kau kaki pukul, tak bagi nafkah, ade pompuan lain tak nak tulis sekali ke????”
Duit tak bagi, susu pampers mentua belikan…
Rupa-rupanya, kes menjadi lebih rumit dan wanita itu susah untuk dihubungi sebab suami dia dah rampas phone sebelum ni. Namun, difahamkan wanita itu telah menghubungi ibunya dan memaklumkan keberadaannya.
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan itu dan tak sangka si suami boleh memburukkan isterinya sendiri. Masing-masing geram bila dah tahu cerita dari kedua-dua pihak. Tak pasal-pasal wanita itu difitnah dan dimaki satu Malaysia kan?