Kita sedia tahu bahawa perayaan Deepavali telah disambut oleh masyarakat India dan boleh dikatakan ia disambut dengan sangat meriah seperti apa yang dilihat di media sosial.
Kalau min, bila sebut mengenai Deepavali sudah tentu terlintas beberapa juadah yang menarik seperti muruku, kuah kari dan tose. Tapi korang pernah tak menghadiri mana-mana rumah terbuka Deepavali dan merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan sebegitu?
Lelaki jemput kawan Melayu ke rumah terbuka
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 32 saat dikongsikan di laman TikTok berkenaan seorang lelaki yang telah menganjurkan sebuah rumah terbuka sempena perayaan Deepavali.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah apabila lelaki tersebut bertindak menjemput rakan-rakannya yang berbangsa Melayu ke rumah terbuka dan menjamu beberapa juadah masakan India kepada mereka.
@hareeshravi_ SAMBUT HARI DEEPAVALI ❌ SAMBUT HARI DEEPAVALI X HARI RAYA ✅
“Kalau tak ada member India, tak ada masalah. Kita panggil member Melayu.”
Raih perhatian netizen, ramai yang puji!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat tindakan lelaki tersebut yang tetap berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.
Beberapa netizen turut juga berkongsi pengalaman yang sama dijemput ke perayaan bangsa lain seperti Tahun Baru Cina dan Krismas. Bestnyaa!
Wah untunglah dapat makan masakan homemade India…Min pula teringin nak rasa!