Bulan April ini merupakan bulan kelahiran buat pelakon Noorkhiriah dan sempena hari ulang tahun kelahirannya, pelakon drama bersiri Nur itu menerima satu hadiah daripada suaminya.
Menurutnya, hadiah yang merupakan kain kafan itu agak istimewa baginya kerana ia untuk memperingati hari kematian.
Artikel berkaitan : “Akak sayang van tu banyak tolong orang” – MPV Jenazah Milik Noorkhiriah Rentung
Aritkel berkaitan : “Nganjing nampak!”- Gelagat Noorkhiriah Diperli Anak Buat Ramai Terhibur
“Tak tahu apa yang Allah nak bagi sebab benda yang dekat dengan kematian yang akak dapat pada hari lahir 2025.”
“Yang kat tangan tu tak ada poket tak ada labuci walaupun seutas benang pun tak ada.. Akak menumpang keberkatan hari Jumaat.. Di belakang rumah kekal berbekalkan kain kafan hadiah Encik Suami.”
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga menzahirkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan umur dan turut berterima kasih kepada ibu dan suaminya.
“Terima Kasih Allah.. Masih memanjangkan umur yang dah singkat ni tuk buat apa yang patut.. Terima Kasih Mak.. Halalkan air susu.. Terima Kasih Encik Suami.. Atas doa & hadiah.. ek permainan.. ‘Finally.. Tahniah Sebab Dah Dekat Dengan Kematian’..”
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga sempat berseloroh bahawa pemberian hadiah itu seperti kebetulan memandangkan hadiah itu diterima ketika membuat penggambaran di kawasan perkuburan.
Untuk rekod, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul pada tahun 2006 dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Sumber : Instagram