Tular di Facebook apabila sepasang suami isteri dikatakan telah dihalang masuk daripada membuat urusan di UTC, Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru.
Perkara ini mula diketahui selepas Izzudin Ismail didatangi oleh pasangan ini ketika ingin minum-minum di dalam kompleks tersebut.
Tak dapat masuk sampai guard keluar kata-kata kurang enak?
Dalam perkongsiannya yang telah meraih 3,000 jumlah perkongsian dalam masa 21 jam itu, Izzudin menyatakan bahawa pasangan ini meminta tolong kepadanya untuk hubungi balai polis kerana pengawal keselamatan kompleks tersebut enggan membenarkan mereka masuk kerana tiada telefon bimbit untuk imbas MySejahtera.

“Barang-barang penting mereka semua terbakar dalam lori sewaktu di Endau Mersing. Termasuk handphone, wang tunai, IC, lesen semua.”
Bahkan, mereka sudah lampirkan laporan polis kepada pihak pengawal namun tetap tak boleh masuk. Katanya lagi, walaupun dia sudah meminta pihak polis sendiri menjelaskan kepada pengawal, mereka berkeras tidak membenarkannya kerana tiada aplikasi MySejahtera itu, alasannya kerana faktor kesihatan.

Menurut Izzudin, pasangan ini ingin membuat urusan buat kad bank, dapatkan IC sementara di dalam kompleks tersebut.
“Susah sangat nak bergerak pon takde duit. Duit pon pinjam orang dulu. Tapi masalah bank pulak minta mereka buat IC sementara dulu di JPN.
Jadi mereka ni nak ke UTC pusat bandar nak buat IC sementara tulah. Tapi pengawal perempuan ni tak nak bagi masuk sebab takde Mysejahtera? Dia mintak sesiapa yang boleh masukkan akak abang ni bawah “dependant” Mysejahtera baru boleh masuk. “
https://www.facebook.com/100019146583615/posts/957772391537638/?d=n
Difahamkan ketika urusan sebelum kehadiran Izzudin, menurutnya pasangan ini ada kongsikan bahawa ada kata-kata yang kurang enak didengar keluar dari mulut akak guard itu.
Bagaimanapun urusan mereka tidak dapat dilaksanakan pada hari tersebut dan mereka terpaksa menunggu anak mereka cuti untuk uruskan semua.

