Sejak dulu lagi, isu gaji permulaan bagi seorang lepasan universiti yang mahu bekerja di negara ini sering dibahaskan.
Tular satu perkongsian video, memaparkan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dan diploma yang baru bergraduasi disoal mengenai anggaran tawaran gaji yang sesuai apabila masuk ke alam pekerjaan kelak.
Menerusi video tersebut, rata-ratanya pelajar menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula sekitar RM2,500 sehingga RM4,000.
Artikel berkaitan: Netizen Terkejut Lihat Elaun Pelajar IPT, Ada Yang Cecah RM10k Sebulan?
Artikel berkaitan: Cadangan Gaji Minimum RM3,000 Buat Graduan Mungkin Jadi Realiti – Menteri Pendidikan Tinggi
Namun apa yang menjadi perhatian apabila ada yang berpendapat mereka sepatutnya diberikan gaji RM5,000-6,000 untuk lepasan diploma dengan alasan kelayakan pelajaran dan pengalaman serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bergelar pelajar di universiti.
@umpsamalaysia “Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA
♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp
“Realiti tak seindah anggaran”
Melihat perkongsian video itu, netizen tidak bersetuju sekiranya lepasa diploma impikan gaji sebanyak RM5,000 dan ke atas.
Rata-ratanya berpesan kepada mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang kian mencabar pada masa kini.
Bagi seorang majikan, gaji permulaan setinggi RM4,000 ke atas tidak berbaloi jika kemahiran yang diminta tidak setanding dengan apa yang diberikan.
Kebanyakannya meluahkan hakikat sebenar dengan menyatakan pendapatan selepas memasuki alam pekerjaan yang mana gaji permulaan jauh lebih rendah dari apa yang mereka bayangkan sewaktu bergraduasi.
Pun begitu, tidak kurang juga ada yang mengatakan tiada masalah sekiranya graduan mengimpikan gaji yang tinggi namun mereka perlulah mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang diambil.
Apapun, ini semua ikut rezeki masing-masing…
Sumber: TikTok