in

“Tahu-tahu dah terpilih” – Dipertikai Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay, Ini Respon Bunga

Bunga Respon Dipertikai Opening Act Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama penyanyi rap Bunga Isme menjadi bualan netizen sejak semalam susulan dia diumumkan sebagai penyanyi undangan bagi persembahan pembukaan (opening act) konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour di Bukit Jalil pada 22 November depan.

Walaupun ramai yang turut teruja dengan pemilihan penyanyi berusia 23 tahun itu, namun masih ada yang tertanya-tanya dan mempertikaikan tentang pemilihannya sebagai artis pembuka di konsert itu nanti.


Ada sesetengah peminat menggunakan ruang komen di Instagram Live Nation Malaysia untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak penganjur itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

“Sudah tentu terkejut. Tahu-tahu sudah terpilih.”

Tampil memberi respon, Bunga berkata dia akan cuba membuat persembahan yang terbaik dan memperkenalkan muzik Malaysia kepada orang luar.

“Saya tahu, ramai yang pertikaikan kenapa saya menjadi opening act bagi kumpulan Coldplay. Tapi saya akan cuba buat sehabis baik untuk persembahan pembukaan itu nanti.”

Memetik sumber Gempak, Bunga mengatakan dia mendapat tahu mengenai berita tersebut sekitar dua bulan lalu sebelum tiket mula dijual.

“Bila dapat tahu, sudah tentu terkejut, bila masa pula mereka pilih saya. Tahu-tahu sudah terpilih. Saya terkejut dan speechless.

“Kita membesar dengan lagu-lagu Coldplay, kita tahu showmanship mereka macam mana. Jadi memang saya akan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya lagi.

Difahamkan, penyanyi yang bernama Noor Ayu Fatini akan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Buai dan Intan Payung pada konsert tersebut.

Mengenai pemilihan Bunga, ada juga yang tidak terkejut kerana Bunga dan Coldplay kini bernaung di bawah syarikat label yang sama.

Baca: Coldplay Bakal Buat Konsert 4 Hari Di Singapura, Netizen Minta Tambah 1 Hari Lagi Di Malaysia
Coldplay Show Baru Di Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.