in

“Tahniah doktor!” – Doktor Malaysia Rawat Pesakit Kecemasan Dalam Pesawat Ke Doha Raih Pujian Netizen

Doktor 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semestinya apabila menjadi seorang doktor, khidmat mereka bukan sahaja bertugas di hospital ataupun klinik tetapi juga ketika menghadapi situasi kecemasan tak kira masa ataupun tempat.

Pun begitu, satu perkongsian oleh seorang doktor melalui Facebook miliknya telah mendapat pujian netizen apabila dia menceritakan pengalaman pertama kali membantu pesakit kecemasan dalam pesawat. Difahamkan, pesakit itu sedang dalam perjalanan ke Doha, Qatar.


Terkejut dapat panggilan dalam pesawat

Pada ketika itu, doktor yang bernama Rusyainie Ramli tersedar dari tidurnya apabila mendengar pengumuman daripada pramugari yang mencari petugas perubatan. Dia menyangka ada penumpang yang sakit dan memerlukan rawatan segera.

Tanpa berfikir panjang, dia memperkenalkan dirinya sebagai doktor tetapi anak kapal memintanya kad identiti doktor untuk pengesahan.

Secara spontan, saya perkenalkan diri. Tapi dah satu kerja pula anak kapal nak tengok kad identiti saya sebagai doktor.
Panik kan terlupa terus yang saya ada salinan lesen amalan dalam telefon ketika tu, terpaksa gunakan laman sesawang MMC. Mencari diri sendiri. Sungguh pelik.
Mujur pada ketika itu, ada seorang lagi penumpang lain yang tampil sebagai doktor sedang menolong pesakit itu. Jadi, mereka berdua membuat diagnosis awal dan pesakit itu boleh dirawat dengan ubat-ubatan sementara menunggu 4 jam perjalanan ke destinasi.
Bersyukur sangat sebenarnya sebab keadaan pesakit boleh dirawat dengan ubat-ubatan sementara nak menunggu lagi 4 jam perjalanan ke Doha. Kang tak pasal kalau terpaksa mendarat cemas di India atau Sri Lanka.

Pertama kali tangani kes dalam pesawat

Walau bagaimanapun, Rusyainie Ramli memuji pengurusan kru kabin pesawat itu kerana dilatih untuk berhadapan dengan situasi kecemasan di udara. Mereka bertindak pantas menelefon doktor yang bertugas di darat.

Ni pengalaman saya yang pertama menangani kes di dalam kapal terbang komersil. Seram juga mulanya, maklum lah di atas ni, bukannya apa sangat yang boleh dibuat pada pesakit.

Dia yang pertama kali berhadapan dengan situasi itu turut juga berterima kasih kepada Doktor Ajay, rakyat Malaysia yang bertugas di hospital New York turut sama membantunya memberi rawatan kecemasan kepada pesakit.

Dan, dah selamat pun tiba di Doha. Semoga pesakit tadi dapat meneruskan perjalanan ke destinasi akhir untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Di ruangan komen, ramai netizen berterima kasih kepada doktor Rusyainie Ramli kerana memberi bantuan kepada pesakit tersebut.

Doktor 1 Doktor 2

Respect doktor yang tak berkira untuk rawat pesakit macam ni!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.