Sejak kebelakangan ni, netizen yang mengikuti Instagram Aazief Khalid dan Sharifah Rose mesti perasan Rose telah padamkan semua gambarnya bersama Aazief dan beberapa hari selepas itu pula, Aazief padamkan semua gambarnya di IG.
Sejak itu, ramai yang tertanya-tanya adakah tindakan ini menunjukkan yang dorang dah tak bersama lagi?
Macam yang ramai tahu, tahun lalu agak kecoh juga di media sosial bila bekas kekasih Aazief, Tyra Kamaruzzaman dikatakan curang hingga hubungan dorang putus sebelum anak Datuk K ini menjalinkan hubungan dengan Sharifah Rose.
Pun begitu, selepas perbalahan tersebut, Tyra dan Aazief terus berkawan baik kerana dorang perlu menguruskan perniagaan BeauTyra sama-sama.
“Tah2 dia dah get back”
Namun, selepas netizen melihat Aazief dan Sharifah Rose mungkin dah tak bersama lagi, ada pula yang buat spekulasi Tyra adalah punca hubungan antara dorang ni retak. Siap tunjuk lagi gambar-gambar bukti mengatakan yang hubungan dorang ni lebih dari “business partners“.
poor rose when she sees this, she’s still with aazief at this moment pic.twitter.com/4RrNeN6Yv1
— Ghisau ghisauuu (@lovesickgirls4a) September 17, 2020
Ada juga netizen yang menafikan perkara ini kerana ketika team building SimplySiti, Aazief, Sharifah Rose dan Tyra kelihatan baik dan tak nampak pulak macam bergaduh.
Di Instagram peribadi Tyra pula, dia sempat menafikan dakwaan mengatakan dia adalah punca hubungan antara Aazief dan Sharifah Rose putus.
Saya tak putuskan apa-apa hubungan.”
https://www.instagram.com/p/CFMiPWhF6UY/
Sehingga kini, Aazief mahu pun Sharifah Rose masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terbuka mengesahkan status hubungan mereka sekarang.