Makanan pedas dan rakyat Malaysia memang tak dipisahkan. Mana taknya, orang kita memang suka makan pelbagai jenis sambal, jadi makanan pedas memang jadi kegemaran ramai.
Namun, pernahkah anda terfikir nak minum air kopi pedas? Sebuah kafe di Ganzhou, China baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai kerana kafe tersebut telah menyediakan menu minuman unik iaitu kopi yang dicampurkan dengan cili.
Memetik laporan South China Morning Post, Jingshi Coffee itu telah melancarkan kopi latte pedas pada bulan Disember tahun lalu dan kopi unik itu nampaknya telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelanggan kerana mereka kini mampu menjual sekitar 300 cawan kopi itu sehari.
Difahamkan, hirisan cili telah dicampurkan ke dalam kopi tersebut dan sebagai hiasan pula, serbuk cilik turut ditabur di bahagian atas minuman pedas berkenaan.
Artikel Berkaitan: Sedap Dan Berlemak, Lelaki Ini Makan Koko Krunch Bersama Kari Ayam
Artikel Berkaitan: “Macam mana rasa dia?”- Netizen Terkejut ‘Customer’ Pesan Nasi Lemak Milo Tabur Sempena Hari Jadi
Walaupun kedengaran macam pedas, namun rasa kopi yang dicampur dengan cili itu dikatakan tidak terlalu pedas pun.
Menurut salah seorang pekerja kafe itu, rasa kopi itu biasa-biasa sahaja dan rasa pedasnya tidak terlalu kuat, malah ia terasa manis di lidah.
Maklum balas rata-rata pelanggan yang telah mencubanya juga positif.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tak berani nak mencuba kombinasi kopi itu kerana takut sakit perut.
Tak silap min, tahun lepas pun jenama Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia ada lancarkan minuman Chili Chocolate Latte dan Chili Chocolate Ice Blended.
Kalau korang, korang teringin tak nak cuba kopi cili ni?
Sumber: South China Morning Post