“Tabik spring dekat semua warga perubatan” – Frontliner Terpaksa Botak Sebab Tak Sempat Nak Keringkan Rambut Waktu Urus Pesakit Covid-19

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tugas sebagai seorang frontliner pada masa ni cukup berat dan sibuk sampai mereka sanggup korbankan masa dan tenaga diorang untuk merawat pesakit-pesakit yang dijangkit virus Covid-19.

Kadang-kadang mereka sampai bekerja lebih masa dan tak sempat nak spend time masa dengan family. Ada sampai satu tahap diorang tak boleh jumpa dengan keluarga sendiri takut diorang pun bawa balik virus tu ke rumah.

Viral di Facebook melalu akaun Faiqah Nastasha di mana dia merupakan seorang frontliner yang bertugas menangani pesakit Covid-19. Dia menceritakan macam mana pengalaman bekerja sebagai seorang frontliner dengan sentiasa memakai Personal Protective Equipment (PPE) ketika berhubung dengan pesakit Covid-19.

Sewaktu masuk isolation room diorang kena pakai PPE dan buang lepas keluar daripada bilik tu. Bukan tu je, lepas keluar daripada bilik tu dia kena terus mandi.

“Now, hari ni je dah lebih 5 kali mandi, sebab I stil EBM (Expressed Breast Milk). I have a 5 months old, still breastfeeding baby kat rumah”

Perkara tu buatkan dia jadi paranoid sebab tu dia kena mandi sebelum 4 jam EBM. Boleh bayang tak ?

Sebab frust dengan benda tu, dia ambil keputusan untuk ambil gunting dan potong rambutnya sebab tak sempat nak keringkan walaupun ada hair dryer. Wehh sampai macam tu sekali diorang buat sebab tak cukup masa nak urus diri. 

Waktu balik rumah, suaminya datang dekat dan memeluknya memberi kata-kata semangat kepadanya di hadapan anak-anak.

“You botak macam mana pun I tetap sayang you” 

Giliran anaknya pula bagi kata-kata semangat kepada dia waktu dia nak pakaikan baju untuk anaknya.

“Rambut mummy silly! Tapi Mummy cantik! Tapi Haris tetap sayang mummy”

Netizen juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga perubatan yang bertungkus-lumus menangani wabak ini.

Baca : “Umpama kat medan perang” – Ini Realiti Petugas Kesihatan Yang Jadi Frontliner Covid-19 Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels