Siapa yang dapat menghalang takdir yang ditentukan Tuhan terutamanya bab kematian? Sebab itulah kita sebagai hamba-Nya kena sentiasa berbuat amal kebaikan dan beribadah selagi masa ada. Kalau nyawa dah disentap dari jasad… semuanya dah tak ada guna kan.
Apa-apapun admin sebenarnya agak tersentuh dengan kisah viral di Facebook mengenai seorang ibu dari Payakumbuh, Sumatera Barat Indonesia yang telah meninggal dunia minggu lalu lepas melahirkan bayi.
Ibu meninggal dunia dalam senyuman?
Menurut suami mangsa yang bernama Firdaus Sutan Parpitah, isterinya Divani Putriami meninggal selepas melahirkan bayi kedua mereka.
Pun begitu, kisah kematian isterinya jadi viral di media sosial kerana jenazah itu kelihatan seperti sedang tersenyum. Allahuakhbar!
“Tak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil”
Masih sedih dengan pemergian isterinya, Firdaus tak perlu berfikir panjang dalam menamakan bayi perempuan ini. Dia memilih nama isterinya yang digabungkan nama anak pertama mereka iaitu menjadi ‘Divani Putriami Al Ghani’.
“Sabar mas… semua sudah kehendak Allah”
Rata-rata netizen yang melihat posting ini merasa kesedihan yang dialami si suami tersebut. Mereka hanya mampu berdoa dan berharap lelaki tersebut tabah dalam menghadapi ujian berat ini.
Al fatihah buat isteri lelaki tersebut. Jagalah cahaya mata tu baik-baik.