in

“Syukur LZJ menang” – Penyokong Lawan Meriah Sangat, Netizen Malaysia ‘Nervous’ Tengok Perlawanan Lee Zii Jia & Popov

Lzj 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sampai ke hari ini, skuad badminton Malaysia antara yang masih bertahan di temasya sukan Olimpik Paris 2024.

Antaranya adalah pemain solo badminton negara Lee Zii Jia yang baru-baru ini berjaya menewaskan atlet dari negara tuan rumah iaitu Toma Popov.


Bergema satu dewan!

Perlawanan sengit antara dua atlet tersebut yang berlangsung semalam (1 Ogos 2024) ternyata membuatkan ramai netizen Malaysia gementar. Situasi itu dapat dilihat apabila majoriti penonton perlawanan itu adalah penyokong Popov.

Artikel berkaitan: Beri Komen Tiada Kaitan Dengan ‘Game’ Ketika Perlawanan Lee Zii Jia, Pengulas Dikritik Netizen

Artikel berkaitan: “Sukan menyatukan” – Rakyat Malaysia Ramai-ramai Tengok Perlawanan Badminton Olimpik Buat Netizen Terharu

Walaupun ada sekelompok kecil penyokong dari Malaysia, sorakan penyokong pihak lawan telah bergema kuat dalam dewan tersebut. Adakalanya, Lee Zii Jia tidak dapat mengumpul mata dan dirinya nampak begitu letih.

Pun begitu, di sebalik kemeriahan sorakan dalam dewan, Lee Zii Jia bangkit semula dengan lebih tangkas malah dapat menewaskan Popov dengan keputusan 21-13,24-22 dalam masa 40 minit.

@zj___iykmn

Jia yg main, aku yg gelabah ( silap, kt situ bukan match point, but game point) #leeziijia #badminton #olimpikparis2024 #fyp #fypシ

♬ Sold Out(DJ版) – 顾子铭

Netizen Malaysia akui rasa takut

Salah satu akaun TikTok yang memuat naik rakaman perlawanan Lee Zii Jia menentang Popov telah menarik perhatian netizen. Ramai antara mereka ‘berkampung’ di ruangan komen dan meluahkan rasa takut sepanjang menonton perlawanan itu semalam.

Tenang je LZJ main semalam, kita kat rumah menggelupur kejap duduk kejap bangun lompat jerit.

Lzj 1  Lzj 3

Lzj 5

Mereka turut berbangga dengan kejayaan Lee Zii Jia malah mengakui suasana dalam dewan itu terlalu meriah kerana ramai rakyat negara tuan rumah itu hadir untuk memberikan sokongan.

Lzj 2

Lzj 4

Memang nervous tengok semalam! Tahniah LZJ!

Sumber: TikTok, Olympics

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.