Minggu lepas, hangat diperkatakan mengenai keputusan Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina untuk berundur daripada menjadi pengacara All Stars Gegar Veganza (ASGV) secara mengejut.
Namun semalam, muncul lagi satu kejutan apabila bekas pengacara ASGV itu memuat naik posting penuh sindiran di Instagram Story yang seolah-olah memberi bayangan sebab di sebalik pengundurannya dari program realiti itu.
Artikel penuh: “Kepom tak mengandung” – Undur Diri Dari GV, Elly Mazlein Perjelas Ia Bukan Gimik
Artikel penuh: “Kak Lina mohon maaf” – Selepas 4 Minggu, Astro Umum Elly Mazlein Undur Diri Dari Gegar Vaganza
“Kita dah elok-elok senyap… member pulak mengelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni”
Menerusi posting itu, meskipun tidak menceritakan secara terperinci, Elly dilihat menyentuh soal tanggungjawab dan sikap mengalah yang menyebabkan netizen membuat spekulasi ia berkaitan dengan pengundurannya dari ASGV.
Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita… Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ buat keja dengan lebih selesa.
“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah sudah susun baik untuk kita semua.
“Mengalah tidak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” katanya.
Dia juga dilihat meluahkan rasa tidak puas hati pada seseorang yang didakwa cuba untuk mengganggu emosinya.
Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni.
Dunia, dunia… Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik… Makin serlah kelucuan ini,” katanya.
Tak cukup dengan Elly juga telah memberi teguran kepada individu terbabit untuk berpijak pada bumi yang nyata.
Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita, syombong, hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik… Ingat asal usul,” katanya.
Produksi ASGV tak tahu Elly sindir siapa
Pun begitu, produksi ASGV memaklumkan bahawa mereka tidak tahu sebab pengacara Elly Mazlein membuat hantaran yang dedahkan punca sebenar dia tinggalkan program itu, lapor mStar.
Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya juga tidak tahu menahu kepada siapakah kenyataan itu ditujukan oleh Elly.
Saya tidak dapat komen panjang, saya tidak tahu ia ditujukan kepada siapa,” katanya.
Norzeha juga memaklumkan bahawa pihak produksi sedikit terganggu dari segi emosi apabila Elly membuat keputusan untuk tarik diri.
Bagaimanapun, mereka berjaya mengatasi perkara itu secara profesional bagi memastikan program itu berjalan lancar dengan kehadiran dua hos lagi iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Dalam pada masa yang sama, Astro juga difahamkan akan sentiasa mengalu-alukan sekiranya Elly ingin kembali mengacarakan program itu semula jika dia berubah fikiran.
Kami alukan… Saya rasa semua terasa (kehilangan Elly). Pada masa yang sama kita hormati keputusannya,” kata Norzeha.
Terdahulu, Elly yang memaklumkan pengudurannya dari ASGV pada 11 Oktober lepas memberitahu bahawa keputusan dibuat atas sebab peribadi.
Siapalah yang buat Kak Lina marah ni…