in

Syed Saddiq Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

Saddiq Kena Sebatan Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan yang melibatkan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendengar hujahan peguam bela bagi diringankan hukuman dan hujah pemberatan hukuman oleh pendakwaan.


Hakim juga pada masa yang sama membenarkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Dah Kena 1699501521

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Tuduhan Pecah Amanah, Salah Guna Harta & Pengubahan Wang Haram

Artikel berkaitan: “Ini bukan prinsip Madani” – Syed Saddiq Persoal Sesi Dialog Dihalang UiTM

Syed Saddiq kesal dan akur dengan keputusan

Dalam pada itu, Syed Saddiq menyatakan rasa kesal, akur dan muhasabah diri dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah atas empat pertuduhan itu.

Peguamnya, Haijan Omar dalam hujahannya untuk meringankan hukuman Ahli Parlimen Muar itu telah memohon agar anak guamnya hanya dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara dan denda sahaja, tanpa hukuman sebatan.

Kata Haijan, Syed Saddiq yang belum berkahwin adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik dan dia perlu menjaga ibu dan bapanya, masing-masing berusia 66 dan 62 tahun yang juga pesara kerajaan.

Kl23 27092022 Saddiq 3484061 20230921142001

Malah ibunya yang menghadiri mahkamah hari ini juga menghidap kanser payudara dan bapanya pula baru saja menjalani pembedahan katarak mata.

Peguam juga berkata, mahkamah juga perlu pertimbangkan jasa anak guamnya yang sebelum ini menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2018 hingga 2020 lalu.

Pun begitu, pihak pendakwaan memohon Syed Saddiq dihukum penjara minimum enam tahun dengan denda tak kurang RM7 juta dan sebatan sebanyak enam hingga 10 kali.

2417609

Wajib dikenakan sebatan kerana berdasarkan kes bagi tertuduh dalam kes lain, mahkamah mengenakan hukuman berkenaan bagi pertuduhan yang sama.

“Justeru itu, kami mohon hukuman penjara berjalan secara berasingan,” kata pihak pendakwaan.

Walau bagaimanapun, mahkamah akhirnya memutuskan Syed Saddiq hanya dikenakan dua sebatan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun beserta denda RM10 juta.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Sumber: BH
Sumber: The Sundaily
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.