in

Syed Saddiq Didakwa Berniat Jahat, Gunakan Alasan ‘Manfaat Politik’ Untuk Arah Keluar RM1 Juta – Pendakwa Raya

syed saddiq berniat jahat manfaat politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada prosidng hari kedua rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mendakwa bahawa Ahli Parlimen Muar itu mengarahkan pengeluaran RM1 juta dari akaun ARMADA atas alasan yang tidak sah.

Jelasnya, Syed Saddiq cuba berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik) dan mendakwa wang itu adalah hasil titik peluhnya, namun tindakannya jelas menunjukkan sebaliknya.


Artikel berkaitan: Tiada Sebarang Keputusan Untuk Rayuan Syed Saddiq Hari Ini – Hakim

Pengeluaran wang berlaku selepas Langkah Sheraton

Beliau berkata, niat jahat Syed Saddiq boleh dilihat melalui tindak-tanduk beliau bermula daripada episod pertama iaitu sebelum pengeluaran wang itu pada 6 Mac 2020 sehingga episod terakhir iaitu selepas 28 Mei 2020, apabila tidak memegang apa-apa jawatan di dalam BERSATU atau ARMADA.

“Arahan yang diberikan oleh perayu kepada saksi pendakwaan mempunyai kaitan rapat dengan Langkah Sheraton.”

WhatsApp Image 2025 03 20 at 11.19.47 AM 780x470 1

Pendakwaan turut membongkar bahawa pengeluaran wang tersebut berlaku selepas Langkah Sheraton, satu peristiwa besar dalam politik Malaysia yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Saksi pendakwaan ke-13 (SP13) iaitu Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, mengesahkan bahawa Syed Saddiq sendiri mengarahkan beliau mengeluarkan wang itu dalam satu perbincangan tertutup di rumahnya.

“Kami menyatakan alasan (manfaat politik) ini menunjukkan niat jahat perayu apabila mengeluarkan wang itu. Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam Akaun ARMADA seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.”

Selain itu, Syed Saddiq juga dikatakan menggunakan kumpulan WhatsApp bernama ‘VALUE ADD’ untuk membersihkan imejnya dan sanggup mengheret ibu bapanya yang tidak bersalah dalam isu ini.

Justeru, persoalan perlu dijawab oleh Syed Saddiq adalah mengapa arahan beliau untuk mengeluarkan wang tersebut tidak dibuat sebelum Langkah Sheraton.

Untuk info, Syed Saddiq dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan, serta denda RM10 juta oleh Mahkaham Tinggi Kuala Lumpur atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram.

Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin akan bersambung pada tarikh lain.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.