in

Syasya Rizal Menangis Tonton MV Baru Dolla, Sepatutnya Nyanyi Berempat

Dolla 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun tidak lagi bergelar ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal menangis ketika menonton muzik video terbaharu berjudul ‘Here4U’.

Dah dengar lagu sebelum dilancarkan

Menerusi hantaran video oleh @era.je di TikTok, lagu ‘Here4U’ sepatutnya dinyanyikan berempat bersama ahli kumpulan lain iaitu Angel, Tabby dan Sabronzo. Pun begitu, dia tetap dengan pendirian untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.


Artikel berkaitan: Sah! Syasya Dolla Sudah Bernikah, Kini Sudah Selamat Bergelar Isteri

Artikel berkaitan: Minat Animasi Doraemon, Syasya Tertarik Dengan Suami Sebab Wajah Ada Iras Dengan Nobita

Sebenarnya saya dah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.

Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, nangislah juga..

Penyampai radio, Azad Jazmin berkata berpendapat bahawa tidak hairan untuk Syasya berasa begitu kerana mereka berempat sudah bersama-sama sejak kumpulan Dolla ditubuhkan pada tahun 2019.

@era.je

Syasya dedah dia menangis lepas tengok MV lagu baru @dolla.official Here4u 🥺 Yela Syasya pun turut ada dalam music video tu, terimbau segala memori waktu bersama Dolla 😭 #3PagiERA #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Syasya tetap sokong Dolla

Bagaimanapun, Syasya masih tetap menyokong kumpulan pop tersebut dan berterima kasih atas kenangan manis yang pernah mereka cipta bersama-sama.

Tapi, saya tetap akan sokong Dolla. Untuk kakak-kakak Dolla (Tabby, Angel, Sabronzo) yang Syasya sayangi, terima kasih untuk segalanya dari kita mulakan Dolla sampailah sekarang.

Terima kasih sebab selalu sokong dan layan saya seperti adik bongsu. Walaupun bukan satu kumpulan lagi, saya tetap akan sokong korang.. Jom bawa Dolla ke peringkat antarabangsa. Banggakan Malaysia.

Sekadar info, Syasya telah membuat pengumuman untuk meninggalkan Dolla pada 8 April yang lalu dan bernikah dengan pilihan hati pada 20 April 2024.

Min respect Syasya!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.