in

Syarikat Yang Tidak Patuh Jadual Penerbangan Akan Didenda Tidak Lama Lagi – Anthony Loke

3Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat penerbangan yang gagal mematuhi jadual penerbangan mereka yang ditetapkan mungkin akan dikenakan tindakan tegas, mungkin termasuk penalti kewangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata cadangan ini kini sedang dalam pertimbangan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), badan yang bertanggungjawab mengawal selia hal ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam. Menurut Loke, cadangan itu yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan syarikat penerbangan sentiasa mematuhi jadual mereka, boleh dilaksanakan melalui pindaan kepada syarat permit dan lesen.


Screenshot 2023 03 04 At 2.45.54 Pm

Memetik laporan The Vibes, Loke berkata, tindakan tegas seperti denda ini perlu dikuatkuasakan bagi memastikan kejadian pembatalan penerbangan dan penjadualan semula tidak berterusan.

Cadangan itu diketengahkan Loke ketika menjawab secara bertulis terhadap soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengenai langkah yang sedang diambil oleh kerajaan persekutuan untuk menghentikan kejadian biasa penjadualan semula penerbangan.

Wilfred sebelum ini pada Mei tahun lalu menyiarkan di akaun Twitternya mendedahkan bahawa penerbangan AirAsia-nya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu telah dijadualkan semula dua kali dari 8 malam hingga 12.30 pagi.

Screenshot 2023 03 04 At 2.46.45 Pm
Gambar hiasan

Ini juga adalah rentetan aduan orang ramai mengenai isu kelewatan penerbangan sejak negara  membuka semula sepenuhnya sempadan antarabangsa berikutan sekatan Covid-19.

Dalam jawapan parlimennya, Loke menyatakan bahawa MAVCOM pada 5 Januari 2023 sekali lagi mengingatkan semua syarikat penerbangan untuk meningkatkan pengendalian mereka terhadap kelewatan dan pembatalan penerbangan serta berkomunikasi dengan lebih baik dengan penumpang.

Beliau berkata syarikat penerbangan juga mesti memenuhi keperluan dan penjagaan pelanggan, selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

 

Baca: [VIDEO] MAHB Mohon Aaaf Aerotrain Tergendala, 114 Penumpang Terpaksa Berjalan Atas Landasan

Ft Aerotrain Tergendala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.