Kerja di pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang nampak macam senang, namun sebenarnya tidaklah semudah yang ramai orang sangka.
Ini kerana pekerja pejabat perlu berada di meja sepanjang tempoh itu dengan hanya satu jam waktu rehat. Namun, nasib baik zaman sekarang banyak juga syarikat dan majikan yang mula sedar manfaat waktu kerja fleksibel.
Macam yang dilakukan oleh sebuah syarikat di India ini apabila bos syarikat itu membenarkan pekerjanya untuk tidur selama 30 minit setiap hari untuk memberi rehat kepada staf.

Menurut NDTV, syarikat yang dikenali sebagai Wakefit Solutions itu telah mengumumkan perkara itu menerusi Twitter rasminya pada bulan lalu.
Official Announcement ? #sleep #powernap #afternoonnap pic.twitter.com/9rOiyL3B3S
— Wakefit (@WakefitCo) May 5, 2022
Dalam pengumuman itu, majikan syarikat itu telah memperuntukkan masa selama 30 minit setiap hari dari jam 2 petang hingga 2.30 petang untuk staf-staf mereka tidur seketika.
Difahamkan, sepanjang tempoh berkenaan, pekerja-pekerja tidak akan diganggu dengan kerja lain.

Menurut pengasas bersama syarikat itu, mereka percaya bahawa rehat atau waktu tidur selama 30 minit boleh meningkatkan produktiviti, tahap fokus dan kreativiti setiap pekerja.
Untuk keselesaan pekerja juga, pada masa akan datang, pengurusan syarikat berkenaan merancang untuk menyediakan ruangan khas untuk pekerja berehat dan tidur seperti bilik sunyi dan pod untuk tidur.
Apa lagi guys, tunjuk la dekat majikan korang artikel ni, mana la tahu kalau bos korang tu setuju nak buat perkara yang sama kat office.
Boleh la rehatkan mata kejap kan daripada tengok skrin laptop je manjang.
Sumber: NDTV, Twitter @WakefitCo
Baca: Lelaki Kena Pecat Sebab Buat Pejabat Macam Rumah Sendiri Lepas Video TikTok Viral