Mahkamah Rendah Syariah hari ini telah menetapkan prosiding lafaz cerai pengarah dan pelakon, Syamsul YusoFf terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah, ia akan dilakukan pada 18 April ini.
Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
Namun begitu, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan nanti, seperti hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian, lapor Sinar Harian.
“Syamsul dah bersetuju… Alhamdulillah sebab kami dah berjumpa, kami dah bincang semua terma dan syarat. Apa yang Sarah nak… apa yang dia nak berkenaan anak-anak,” katanya kepada pemberita.
Puteri Sarah yang ditemui bersama peguamnya berkata pada tarikh tersebut, Syamsul akan melafazkan talak terhadap Sarah.
“Syamsul dah bersetuju… Alhamdulillah sebab kami dah berjumpa, kami dah bincang semua terma dan syarat”
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 10, 2023
Untuk rekod, pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya ekoran krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.
Baca : “Baik Sarah atau Ira, dua-dua kekuatan saya” – Syamsul Yusof