Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyambut hari ulang tahun dengan mengadakan majlis meriah. Lagi-lagi kalau individu itu datang dari golongan kenamaan, kadang-kadang mesti kita terfikir mesti lagi meriah mereka menyambut hari jadi mereka.
Walau bagaimanapun tak semua macam tu, apabila seorang selebriti terkenal ini mendedahkan bagaimana beliau membuat kejutan untuk suaminya.
Beli barang dekat Mr DIY
Baru-baru ini pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Juliana Evans memuat naik posting di laman Instagram menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah yang juga kerabat di raja Selangor.
Namun mereka tidak menyambut secara besar-besaran seperti kita bayangkan, dan memilih untuk lebih bersederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau lebih dikenali sebagai Milly.
Apa yang menarik perhatian, Che Puan Juliana memberitahu bahawa beliau membeli segala dekorasi untuk membuat surprise tersebut dari kedai Mr DIY sahaja.
“Surprise birthday for my hubby at home last night worked! Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je, hope you like the simple celebration syg…” tulisnya
Dalam posting tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada suaminya, kerana menjadi bapa yang baik serta membawa kebahagiaan kepada keluarga.
“Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki syg lagi… Alhamdulillah amin”
Sebagai tambahan pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pad April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Milly yang berusia dua tahun.
Seronoknya tengok bila orang kenamaan bersederhana macam ni, yang paling penting memori tu.
Baca : 10 Beauty With Brains Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah