in

Susulan Insiden Karipap Berkulat Dan Bau Sampah, Vendor Akui Jual Karipap Yang Tak Laku

Karipap Berkulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, kita masih lagi ‘diganggu’ dengan posting tentang makanan basi di media sosial. Jika anda ingat lagi, 2 hari lepas ada sebuah perkongsian oleh Emma Razali di Facebook miliknya tentang karipap berkulat yang dibelinya di bazar Ramadan sekitar Kuantan.

Menurutnya, karipap tersebut telah rosak dan tidak boleh dimakan ketika berbuka. Tambah Emma lagi, dia sendiri sudah ‘masak’ dengan perangai peniaga bazar yang sering menjual makanan lama kepada pembeli. Namun, tidak sangka pula dirinya menjadi mangsa!


Karipap Berkulat

“Assalamualaikum. Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan rasanya dah banyak kali viral pasal makanan-makanan yang tak elok, tak sangka hari ini (semalam) terkena pada saya juga.

“Hari ini (31 Mac) saya ada beli dua paket karipap, tapi karipap yang dah berkulat. Mak dan kakak saya dah termakan sekali gigit, kakak saya beritahu karipap rasa pahit, bila dibuka tengok inti terkejut inti dah berkulat dan kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng.

“Dibuka satu-satu karipapnya, semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah.”

Menurut laporan oleh Sinar Harian, akhirnya punca karipap berkulat tersebut telah dikenal pasti.

Tambahnya lagi, peniaga bazar hanyalah orang tengah yang mengambil komisen untuk penjualan kuih-muih tersebut.

“Akhirnya kami telah mengetahui punca karipap kulat tersebut. Peniaga bazar hanyalah sebagai orang tengah yang mengambil sedikit komisen bagi menjual kuih-muih dari vendor.”

“Vendor telah mengakui silapnya di mana karipap itu sememangnya karipap hari sebelumnya (Rabu) yang telah dikitar semula untuk dijual semula pada Khamis.”

“Pihak vendor meminta peniaga simpan dalam peti ais, tetapi peniaga memberitahu peti aisnya tidak muat dan bertanya bolehkah karipap diletakkan di luar (suhu bilik).”

“Kerana faktor rumah yang jauh dan peniaga memberitahu sudah lewat malam, vendor bersetuju sahaja karipapnya diletakkan di suhu bilik sehingga keesokan harinya.”

“Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari kejadian ini. Jagalah kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan. Tidak mengapa rugi sedikit asalkan rezeki berkat terutama di bulan mulia ini,” ujar Emma.

Harap-harap, selepas ini berkuranglah insiden makanan basi di bazar Ramadan. Min pun dah jadi trauma nak beli apa-apa jenis juadah berbuka dari peniaga di luar. Baik masak sendiri je, kan?

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

Baca: Tak rasa bersalah ke? Pembeli Kesal Beli Karipap Sampah, Inti Dah Berkulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.