in

Suspek Yang Menipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah Di 4 Negeri

ft along cham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan polis mendapati bahawa wanita yang ditahan kerana didakwa menipu isteri pelawak Along Cham lebih RM95,000 mempunyai 5 rekod jenayah penipuan di 4 negeri termasuk Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah, wanita berkenaan turut terbabit dengan satu kes yang membuatkan dirinya masih lagi dikehendaki di Sabah.


Artikel berkaitan : Gelarkan Isteri ‘Mak Lampir’, Along Cham Dedah Punca Failkan Cerai Taklik

Artikel berkaitan : “Dana itu tidak sampai kepada saya” –  Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana RM 100K

“Suspek wanita itu kini direman 4 hari manakala suaminya selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”

Tambah beliau, siasatan lanjut kini masih dijalankan termasuk mengesan sama ada wujud pembabitan pihak berkuasa berhubung dakwaan suspek wanita ini untuk membantu menurunkan seksyen tuduhan terhadap Along Cham.

Semalam, pasangan suami isteri telah ditahan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis pada jam 10 malam, semalam di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang. Beliau berkata, Afreena Suhaimi antara 3 individu yang sudah dirakam keterangan setakat ini.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.