in

Suspek T*kam Pelajar Direman 7 Hari, Bakal Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

ft pelajar lelaki tikam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar berusia 16 tahun di sebuah sekolah yang terletak di Bandar Utama, Pelating Jaya telah direman selama 7 hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi membantu siasatan.

Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha telah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis untuk membuat tahanan reman terhadap suspek.


Artikel berkaitan : Kes T*kam Pelajar: “Hati saya remuk. Minta maaf tak cukup” – Bapa Suspek

Artikel berkaitan : Kes T*kam Di Sekolah: Suspek Dipercayai ‘Mengamuk’ Kerana Cinta Ditolak

Memetik laporan sumber, suspek yang juga tingkatan 1 (kelas peralihan) telah direman sehingga Selasa minggu depan dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding ini, suspek yang memakai baju oren diwakili peguam, Anuar Ezzad. Semalam, media melaporkan bahawa mangsa yang merupakan pelajar tingakatan 3 (kelas peralihan) dari sekolah sama telah meninggal dunia di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar jam 9.30 pagi.

Screenshot 2025 10 15 110833

Berikutan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama. Menurut sumber, pelajar berkenaan telah dibawa keluar menerusi laluan dalam ke lokap sementara.

Dalam pada itu, Buletin TV3 melaporkan bahawa mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya pada jam 7.30 pagi tadi di Unit Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Difahamkan, tuntutan itu dibuat selepas selesai proses bedah siasat pada awal pagi tadi.

Sumber : Sinar HarianBuletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.