Penjenayah bersenjata yang dikenali Ah Boy yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam, Klang, Selasa lalu, dipercayai ada menggunakan dadah jenis syabu sebelum melakukan jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek bergerak secara solo untuk melakukan jenayah berikutnya seperti samun, rompak dan mencuri untuk keperluan diri dalam setahun lepas.
Artikel berkaitan : Suspek Kes Temb*k Di SCM Dikenali Sebagai ‘Ah Boy’, Terlibat 5 Jenayah Lain Lepas Insiden
Artikel berkaitan : Jennifer Pan: Stress Hidup Dikawal Ibu Bapa, Gadis Upah Boyfriend Bunuh Parents Sendiri
Ada lakukan jenayah lain dengan 2 ke 3 orang rakan lain
“Itu merupakan ‘habit’ dia (suspek). Selepas kejadian di Setia Alam (tembakan di pusat beli-belah), suspek terlibat lima kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di Banting dan Sekinchan, Selangor.”
“Suspek ini dipercayai mengambil dadah jenis syabu bagi memastikannya ‘trigger happy’ sebelum melakukan jenayah. Kesan penggunaan dadah itu menyebabkan dia berkelakuan sedemikian.”
Jelas Hussein lagi, suspek pernah dikesan melakukan jenayah bersama 2 hingga 3 orang rakan lain.
“Namun, dalam setahun dua ini, saya tegaskan kelakuan jenayahnya dilakukan seorang diri.”
Tambahnya, hasil daripada ujian darah juga mengesahkan suspek positif dadah jenis syabu dan suspek pernah masuk penjara sebanyak 2 kali sebelum dibebaskan pada tahun 2019.
“Berdasarkan rekod suspek terlibat dengan pengedaran dan penggunaan dadah selain pernah masuk penjara sebanyak dua kali dan keluar pada tahun 2019.”
Ujarnya lagi, terdapat 2 pucuk pistol ditemui bersama suspek ketika berbalas tembakan, beliau juga sahkan bahawa pistol tersebut meupakan jenis semi automatik Sig Sauer dan Retay yang dipercayai diperolehi suspek secara haram dari dalam negara.
Katanya, proses bedah siasat suspek di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) juga telah selesai.
Sebelum itu, suspek yang bersenjatakan pistol telah melepaskan beberapa das tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam, 8 Februari, hingga menyebabkan seorang tukang cuci cedera.
Suspek yang diburu kemudian dikesan menghilangkan diri ke Melaka menaiki kenderaan e-hailing sebelum bergerak ke Banting dan sekitar Sabak Bernam.
Sumber : Sinar Harian