in

Suspek Kes Temb*k Di SCM Dikenali Sebagai ‘Ah Boy’, Terlibat 5 Jenayah Lain Lepas Insiden

suspek kes tembak di SCM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suspek yang terlibat dalam kes penembakan di Setia City Mall (SCM) pada 8 Februari lalu maut ditembak di Pulau Ketam, awal pagi tadi.

Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak dalam satu operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi tadi.


Sewaktu operasi tersebut, berlaku kejadian tembak-menembak antara pasukan dan penjenayah di sebuah bilik hotel.

IMG 20250218 074811

Artikel berkaitan: “Acu pist*l depan mata” – Pemandu Kongsi Detik Cemas Berdepan Dengan Suspek Kes Temb*k Di Setia Alam

Artikel berkaitan: Kes Temb*k Setia Alam: Suspek Bengang Ditegur Cleaner Suruh Alihkan Barang

Suspek dikenali sebagai ‘Ah Boy’

Memetik laporan Berita Harian, polis mengesahkan suspek dikenali sebagai ‘Ah Boy’ sempat melakukan lima jenayah lain selepas meloloskan diri dalam kejadian tembakan di Setia Alam pada minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dalam tempoh melarikan diri itu suspek sempat melakukan samun, pecah rumah, peras ugut serta mencuri kenderaan.

“Dalam tempoh itu juga penjenayah berkenaan sempat melarikan diri ke selatan tanah air kemudian ke Banting, sebelum ke Pulau Ketam, dua hari lalu,” katanya.

6170235835631386990 1739854509

Difahamkan, mayat suspek tiba di Jeti Pulau Ketam kira-kira jam 12.10 tengah hari, sebelum dibawa menaiki trak polis ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun, selain insiden tembakan di pusat beli-belah terbabit.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.