in

Suspek Curi Kereta Sempat Ceroboh Rumah Orang, Kurung Penghuni Dalam Bilik Sebelum Diberkas Polis

Ft Curi Kerata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suspek yang kini sedang tular mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Kuantan baru-baru ini dikatakan hanya sempat tidur dalam 2 jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis di Karak, sebelum ditahan oleh pihak polis.

Suspek dikatakan meninggalkan kereta Honda City di Pekan Karak dan menumpang orang awam untuk ke Kampung Chinta Manis sebelum ke rumah sepasang suami isteri bersama 3 orang anak itu.


Artikel berkaitan : [VIDEO] Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Terperangkap Dalam Kenderaan Ketika Kereta Dilarikan Penyamun

Artikel berkaitan : Buat Laporan Polis Tuduh Anak Curi Kereta, Netizen Pelik Dengan Perlakuan ND Lala

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil maklumat awam mengenai kes pencerobohan rumah, satu serbuan telah dilakukan di rumah tersebut pada pukul 12.45 malam ketika suspek yang berusia 40 tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumah.

Screenshot 2024 06 05 163159

“Berdasarkan keterangan pemilik rumah pada pukul 10 malam suspek datang ke rumah berkenaan dan terus masuk ke dalam rumah.

“Suspek kemudian mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik dan suspek telah tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis.”

Menurut sumber, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah adalah bekas banduan yang baru dibebaskan.

Sebelum ini, tular satu video memperlihatkan suspek membawa lari sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak dengan seorang warga emas dilaporkan terperangkap di dalam kenderaan itu, sebelum membebaskan mangsa 300 meter dari lokasi kejadian.

Sumber : Kosmo!, Astro Awani

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.