in

“Suspek adalah sahabat baik” – Pesara Polis Dijumpai Mati Dalam ‘Kubur’, Dibunuh Sebab Tuntut Hutang

Feature4

Misteri kehilangan seorang pesara polis sejak akhir Ogos lalu terungkai apabila sebuah ‘kubur’ sedalam 0.9 meter ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Batu 26, Kahang pada awal pagi 17 Oktober.

 

Anak sebarkan notis, tawar ganjaran jika bapa ditemui

Su Kim Chiang, 57, dilaporkan hilang sejak 31 Ogos lepas selepas keluar untuk berjumpa kawan kira-kira jam 8.30 malam. Sehubungan dengan itu, anaknya, Jacky Su Kai Lun, 32, telah menyebarkan notis tentang kehilangan bapanya di Facebook.

Dia turut menawarkan ganjaran wang sekiranya bapanya itu berjaya ditemui.

Ganjaran RM10,000 akan diberikan sekiranya bapa saya dijumpai!”

Hilang1 1

 

Mayat bapa ditemui sudah reput

Menurut Harian Metro, keluarga telah dihubungi untuk pengecaman mayat Su Kim Chiang yang dilaporkan sudah reput ketika ditemui di ‘kubur’ terbabit.

Mayat mangsa ditemui di kebun kelapa sawit sejauh 20 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang Ogos lalu. Kata Jacky,

“Hari ini saya dan keluarga termasuk emak hadir ke HSA untuk proses pengecaman.”

Lubang2

 

Dibunuh sebab tuntut hutang

Hari ini, polis menyatakan bahawa mangsa dibunuh dipercayai berpunca daripada menuntut hutang, lapor Harian Metro. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, hasil soal siasat awal terhadap dua suspek berusia 37 dan 41 tahun, mangsa dipercayai telah memberikan sejumlah wang kepada mereka untuk menjalankan perniagaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek dan mangsa merupakan kawan lama dan bersahabat baik, malah mangsa juga sudah banyak kali meminjamkan wang kepada mereka untuk tujuan perniagaan.

“Lokasi mayat dijumpai berdasarkan hasil pandu arah diberikan dua suspek selepas mereka ditangkap pada 16 Oktober lalu pada jam 10 pagi di Kluang.”

“Kita percaya motif pembunuhan ada kaitan dengan hutang. Mangsa yang juga pesara polis bahagian cawangan khas di Kluang memberi hutang kepada suspek bagi tujuan perniagaan, mangsa bukan along tetapi memberi pinjaman atas dasar kawan baik.”

“Apabila mangsa minta duit daripada suspek, mungkin berlaku pertengkaran dan pembunuhan. Mangsa memang kenal rapat dengan dua suspek.”

Katanya lagi, baki hutang suspek terhadap mangsa hanya tinggal RM2,500 lagi. Difahamkan, mangsa ditemui 2 kilometer dari lokasi rangka motosikal miliknya ditemui.

“Terdapat kesan pada mayat dipercayai dipukul sebanyak empat kali dengan objek tumpul. Hasil siasatan yang dilakukan terhadap dua suspek, polis percaya pertengkaran dan pembunuhan berlaku pada 31 Ogos antara 8 malam hingga 12 tengah malam di stor kedai tayar tempat suspek bekerja.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Kes Culik, Bunuh ‘Datuk Seri’ Didalangi Bekas Calon DUN Bermotifkan Hutang?

Collage 2

Sumber: Facebook