Rancangan variety di TV memang menjadi kegemaran orang ramai. Sebabnya, kita dapat tengok telatah para peserta yang kelakar habis ketika sedang bersiaran. Salah satu yang paling famous ialah rancangan Running Man yang diterbitkan Seoul Broadcasting System (SBS) di Korea.
Baru-baru ni, ada berita sedih di mana Jeon So Min, salah seorang ahli Running Man telah membuat satu pengumuman yang dia mahu ‘bersara’ dari rancangan itu. Perkara ini dimaklumkan oleh agensi pelakon berkenaan, King Kong Entertainment yang menyatakan bahawa So Min memerlukan masa untuk berikan yang terbaik kepada penonton.
“Dia (Jeon So Min) memerlukan sedikit masa untuk cas semula bagi menunjukkan sisi yang lebih baik daripada dirinya.”
Kata agensi tu lagi, keputusan yang dibuat bukanlah mudah untuk So Min yang sudah bersama Running Man selama enam tahun. Namun, lepas perbincangan panjang bersama agensi, pasukan produksi dan member Running Man yang lain, dia tekad untuk keluar daripada rancangan itu.
Artikel berkaitan: Tular Khabar Angin Yoo Jae-suk Pukul Isteri, Ini Jawapan Bintang Running Man Itu
Artikel berkaitan: Bintang Running Man, Haha Dijangka Akan Bercuti Di Malaysia Bersama Keluarga
Berikutan isu ni, ramai peminat variety show itu meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan pemergian seorang lagi bintang daripada rancangan popular ni.
Untuk rekod, Jeon So Min telah menyertai Running Man pada April 2017 dan bakal menjalani penggambaran terakhirnya pada 30 Oktober 2023, waktu Korea.