in

“Sumpah comel!”- Gadis Punya Nervous Mak Mertua Nak Sarung Cincin Sampai Nangis

fi nervous full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kaum wanita yang dah berumah tangga pastinya pernah merasai pengalaman nervous masa awal-awal proses sebelum kahwin tu kan? Tak kesah lah masa awal perkenalan dengan keluarga mertua ke, masa merisik ke, masa tunang ke atau masa nak kahwin sekalipun. Mesti sekurang-kurangnya merasa sekali nervous tu.

Lain orang lain pengalaman gugup tu. Ada yang menggigil satu badan, ada yang rasa seram sejuk, tiba-tiba nak pitam, ada yang takut nak keluar jumpa bakal mertua dan macam-macam lagi lah!


Macam akak sorang ni, menerusi video yang dikongsikan oleh sepupunya di laman TikTok, punya lah nervous nak jumpa bakal mertua untuk sarung cincin sampai menangis!

Video berdurasi hanya 16 saat yang dikongsikan oleh @mijadeena ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 270.8 ribu penonton dalam masa sehari. Namun, yang lebih menarik perhatian ialah komen-komen yang diterima kebanyakannya daripada kaum wanita yang pernah merasai pengalaman yang sama seperti gadis ini!

komen nervous full

Nak hilangkan perasaan gugup tu kan sampai kena ikhtiar macam-macam cara, macam-macam gaya. Tengoklah akak ni, tak cukup dengan nangis, habis keluarnya gaya nak terbang sampai ke bulan masa part last video. Comel betul!

Ini gaya akak ni, kalau korang nervous macam mana gaya pula? Hehehe

Baca:“Nervous sangat tu”-Netizen Terbahak Tengok Bapa Pengantin Sebut Nama Sendiri Sewaktu Akad Nikah

baca nervous

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.