Sebagaimana yang kita tahu Syafiq Kyle mula mengukir namanya sejak dia mula menyertai program Hero Remaja 2011/12.
Sejak dari itu dia mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sehinggalah membintangi drama bersiri Nur, dimana namanya makin melonjak naik dalam industri hiburan.
Selepas beberapa tahun berlalu, giliran adiknya Syazwan Razak pula untuk cuba mengikuti jejak langkah abangnya dengan menyertai sesi ujibakat Hero Remaja 2020. Namun begitu, nasib tak menyebelahinya apabila dia gagal dalam ujibakat tersebut.
Gagal ujibakat sebab ada ‘bayang-bayang’ Syafiq Kyle

Kegagalan Syazwan untuk mara ke peringkat selanjutnya menjadi bahan tohmahan netizen apabila dia bertindak untuk kongsikan mesej tersebut di instastory dia sendiri. Walaubagaimanapun, Media Hiburan sempat screenshot mesej tersebut.
Dalam mesej tersebut Syazwan menzahirkan rasa terkilan dengan pihak juri kerana dia kerap dibandingkan dengan abangnya. Syazwan bengang apabila dia dilabel bawa bayang-bayang abangnya ke ujibakat tersebut.
Disebabkan bayangan ‘Syafiq Kyle’ itu jadi penyebab utama dia tidak dipilih, Syazwan mesej abangnya itu untuk ceritakan hal ini sebelum dikongsikan di instastory. Ini respon Syafiq Kyle.
Ini baru sikit kekejaman kau terima” – Syafiq Kyle


Disebabkan itu, satu akaun instagram yang khusus untuk trivia artis-artis Malaysia sepitsiput mengecam tindakan Syazwan..
Baginya cara dia itu telah menjatuhkan reputasi abangnya yang telah berjaya kerana ada perkara-perkara sensitif yang tak patut didedahkan.
Malah dia juga dilabel sebagai individu yang mempunyai masalah sikap.
Adik Syafik Kyle ni meols nak nasihatkan perbetulkan attitude dahulu. Selarikan kata2 dgn tindakan”
https://www.instagram.com/p/B6b6TMwFsOX/?igshid=15gsthqhp9m64
Malah tegas sepitsiput juga, kata-kata Syafiq Kyle itu juga boleh menyinggung pelbagai pihak dalam dunia hiburan ini.
Pesannya lagi agar sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata kerana paparan mesej itu telah menimbulkan banyak persoalan seperti perlu bersikap lebih sensitif untuk berkongsikan sesuatu perkara.
Selain itu, cuba naikkan nama sendiri dengan tidak melibatkan nama adik-beradik yang dah berjaya, tidak kira daripada pelbagai aspek. Malah bakat itu mungkin perlu diasah lagi.
Hurm, betul juga tu apa yang dikatakan,admin perhatikan ramai yang naik kejap je tapi terus tenggelam, harap lepas ni dapat lah belajar daripada kesilapan.