in

“Sumber pendapatan runner terjejas” – Wanita Bangkang Penggunaan Road Tax Digital Dikecam

Ft Wanita Bangkang Roadtax Digital

10 Februari lepas, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan lesen kenderaan motor (LKM atau Road Tax) secara digital. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.

Dalam pada itu, ia juga telah menjimatkan kos sebanyak RM96 juta setahun sekali gus dan mengelak kesesakan panjang di kaunter. Namun begitu, ada seorang individu membangkang insiatif ini.

 

Sumber pendapatan runner terjejas, fungsi aplikasi kurang memuaskan

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang wanita membangkang insiatif ini adalah kerana membataskan sumber pencarian kepada mana-mana runner yang menghasilkan cukai jalan bertampal itu.

“Disebalik pembaharuan ini, ada banyak air mata yang akan menitik, terutamanya runner, anda tahu tak selama ini runner yang tolong cetakkan, pergi beratur dekat JPJ dan hantar kepada anda ini, mereka mencari pendapatan daripada cas perkhidmatan untuk mengurangkan beban, menolong rakyat Malaysia, jadi beribu runner akan terjejas.”

Screenshot 2023 02 13 131455

Disamping itu, wanita tersebut turut mempertikaikan ‘kebolehan’ aplikasi yang diperkenalkan, baginya kurang memuaskan sebab berlaku kesukaran untuk mengakses aplikasi tersebut.

“Tengok apa jadi hari ini, apps tu tak boleh log in, anda nak suruh rakyat Malaysia buat perubahan, anda punya apps pun server down. Bayangkan bila lalu dekat roadblock, polis nak tengok road tax, kita terpaksa scroll , saya nak kena log in dulu, nak kena loading dulu, baru tunjuk.”

Screenshot 2023 02 13 131800

 

Menyusahkan pihak berkuasa

Menurutnya lagi, akibat kesan-kesan yang dihadapi ia juga telah menyukarkan urusan pihak berkuasa seperti JPJ, PDRM dan mana-mana penguatkuasa untuk menyemak butiran individu.

Screenshot 2023 02 13 132745

“Ini akan menyusahkan juga pihak PDRM, JPJ, penguatkuasa untuk semak road tax tu mati bila, kan kita rakyat Malaysia dah biasa dan tampalkan, setahun, tak perlu fikir dah, tengok apa yang berlaku kepada apps MySejahtera, masih relevan ke? Tidak!”

Boleh tengok video disini.

Oleh itu, wanita tersebut membangkang pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan ini. Wanita itu juga meminta kerajaan agar perhalusi lagi agar tidak ramai rakyat yang akan sengsara jika road tax tradisional ini dimansuhkan.

Dengan tularnya video tersebut, ia telah mengundang kecaman rakyat Malaysia, bagi mereka kaedah ini bukanlah satu perkara wajib kerana bagi fasa pertama ini, masih lagi boleh menampal pelekat cukai jalan itu.

Malah, bagi menjawab segala persoalan yang menjadi pertikaian wanita tersebut, ada warganet yang melampirkan soalan lazim mengenai pendigitalan cukai jalan itu daripada laman rasmi JPJ.

 

Sampai bila nak ditakuk lama? – Netizen

Screenshot 2023 02 13 133428 Screenshot 2023 02 13 133448 Screenshot 2023 02 13 133507 Screenshot 2023 02 13 133523

Sebelum ini, Anthony Loke sendiri ada membuat kenyataan bahawa individu masih lagi mempunyai pilihan jika ingin menggunakan pelekat yang lama buat masa ini.

“Buat masa ini, inisiatif itu terpakai bagi kenderaan persendirian individu termasuk pemilik motosikal sebelum diperluas ke fasa seterusnya.”

“Bagi pemandu yang belum bersedia, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM di kenderaan masing-masing.” 

Dalam pada itu, Loke juga ada berkata bahawa pemilik lesen juga boleh menyimpan salinan tangkap layar mod paparan digital LKM dan LMM untuk tujuan pemeriksaan penguatkuasaan.

Baca : “Tak wajib download app MyJPJ” – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Digital ‘Road Tax’

App Myjpj