Sejak dulu lagi, rakyat Malaysia antara yang menunjukkan sokongan luar biasa dari segi sumbangan bantuan kepada rakyat Palestin.
Ramai daripada kalangan artis, sama ada yang menyeru untuk sama-sama menyumbang mahupun yang secara ‘diam-diam’ memberi bantuan kepada masyarakat Palestin.
Fattah Amin beri sumbangan baju sejuk
Baru-baru ini, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) berkongsi satu hantaran video penghargaan kepada pelakon Fattah Amin yang telah memberi sumbangan baju sejuk untuk anak-anak penduduk di Gaza.
Artikel berkaitan: “Kita dah jadi orang terkaya” – [VIDEO] Pelarian Gaza Terharu, Terima Kotak Bantuan Dari Malaysia
Menerusi perkongsian CGM di Instagram, Fattah Amin mendapat penghargaan khusus daripada rakyat Palestin yang telah menerima sumbangan daripadanya.
“Bantuan baju sejuk ini sangat penting kepada mereka pada waktu ini terutama sekali untuk anak-anak kecil yang tidak tahan dengan cuaca sejuk yang melampau.
“Semoga bantuan ini dapat memberi sedikit kehangatan dalam menahan kesejukan pada musim dingin ini,” tulisnya.
Sumbangan ini menyelamatkan nyawa
Dalam perkongsian video itu, wakil jurucakap CGM di Gaza menyatakan sumbangan pakaian ini amatlah berharga dan penting kerana ramai mangsa yang tidak mampu membelinya bagi menghadapi musim sejuk.
“Assalamualakum kepada suadara kami, Fattah Amin. Hari ini, kami mengagihkan pakaian untuk saudari dan saudari kami pakaian musim sejuk khusunya untuk kanak-kanak yang tidak mampu membeli baju sejuk.
“Sumbangan anda benar-benar memberi impak. Sumbangan itu menyelamatkan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini betul-betul kesejukan dan di dalam musim sejuk air hujan akan masuk ke dalam khemah, mereka tidak mempunyai apa-apa untuk menghangatkan badan,” katanya.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen di ruangan komen begitu terharu dan mendoakan pelakon terbabit diluaskan rezeki.
Alhamdulillah, terima kasih Fattah Amin atas sumbangan tidak ternilai ni!
Sumber: Instagram