Umum mengetahui kini terdapat satu kontroversi dalam industri hiburan di mana pelakon serta penyanyi Bella Astillah kini mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya, Aliff Aziz. Satu persatu informasi berkenaan suaminya itu ‘dilondehkan’ oleh seorang wanita bernama Sarah Yasmine.
Meskipun sedang kecoh mengenai perkara itu di media sosial, namun Bella Astillah dengan tenang membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan membuat persembahan di China.
Artikel berkaitan: Bella Astillah Tepis Dakwaan Emel Jenama Untuk Berhenti Bekerja Dengan Ruhainies
Artikel berkaitan: Ruhainies Buat Permohonan Maaf Pada Bella Astillah, Mahu Jumpa Untuk Selesai Masalah
Difahamkan, penyanyi kelahiran Sabah itu mewakili Malaysia bagi Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China dan dia melahirkan rasa bangga di Instagram kerana dapat mewakili negara bagi festival itu.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah selesai tugas di China, sedikit clip untuk semua kesayangan di Malaysia! Im a proud Sabahan and proud Malaysian,” tulisnya di kapsyen.
Dengan mendendangkan lagu Sumandak Sabah serta lagu berbahasa Mandarin, persembahan Bella itu membuatkan ramai yang bangga dengannya serta ruangan komen posting tersebut penuh dengan ucapan tahniah kepadanya.
Hebatlah Bella!
Sumber: Instagram