Baru-baru ini, pesta budaya Jepun Festival Bon Odori yang sering diadakan di Malaysia telah mendapat perhatian selepas posternya menggunakan karakter anime memakai hijab tular di media sosial.
Kemudian, Menteri di Jabatan Agama Perdana Menteri mengatakan kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival tersebut mempunyai unsur keagamaan sekaligus menasihatkan orang Islam untuk tidak menyertai.
Tuanku tak berkenan keputusan tergesa-gesa
Disebabkan Festival Bon Odori ini bakal dijalankan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak berkenan jika sesuatu keputusan dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian.
Baginda berpendirian, banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya.
Baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat. Baginda juga tidak bimbang, jika akidah umat Islam kuat dan benar. Ia akan mengenepikan amalan yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
1. Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has instructed Jais to allow the Bon Odori festival to go on as planned.
He also ordered officers from Jais and Shah Alam City Council to attend the festival so they can see for themselves what happens during the event. https://t.co/UHflxFM2e6 pic.twitter.com/yAXZEjQKXv
— BFM News (@NewsBFM) June 8, 2022
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga turut menitahkan pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke festival tersebut bagi melihat sendiri apa yang berlaku sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.
Baginda sendiri pernah hadir ke majlis tersebut beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan ia satu program sosial pekerja-pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di Negeri Selangor.”
Baca: Papar Poster Anime Pakai Tudung, Menteri Agama Nasihat Umat Islam Tak Sertai Festival Bon Odori