in

Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah

Sultan Johor Ceramah Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh dengan berita beberapa orang pendakwah tidak dibenarkan memberi ceramah di satu negeri kerana tidak mempunyai tauliah di negeri tersebut.

Terbaru, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula menitahkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di negeri itu dipecat, jika membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah agama di Johor.


Menurut laporan Berita Harian, baginda menitahkan mana-mana penceramah agama yang hendak menyampaikan ceramah di Johor mestilah memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta pengajuran ceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada badan yang sama.

“Permohonan kebenaran itu perlu menyatakan secara terperinci tajuk ceramah serta perkara yang ingin disampaikan ketika memberi ceramah agama.

Sekiranya ada mana-mana masjid dan surau yang gagal patuhi peraturan ini, maka semua AJK masjid dan surau itu akan diambil tindakan serta dipecat.

Sultjohor 1678943772

Tindakan tegas ini bukanlah menghalang program penyebaran ilmu Islam tetapi untuk mengawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarak yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini,” titahnya.

Difahamkan, mana-mana penganjur kepada acara mengajar dan memberi syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah dari MAINJ adalah melakukan satu kesalahan penyubahatan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Baca: “Konsert terkinja-kinja senang nak lulus” –  Netizen Tak Puas Hati Ceramah Ustaz Wadi Annuar Dibatalkan

Ustaz Wadi Ceramah Batal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.