Sebelum ni dah banyak kali viral pasal orang yang bergaduh atas jalan raya hanya disebabkan berselisih faham antara satu sama lain. Kadang-kadang tu gaduh dengan sebab yang tak masuk akal.
Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai pergaduhan yang berlaku dekat atas jalan raya dan secara tidak langsung menjadikan jalan jammed.
https://twitter.com/ikmalzaid/status/1201063184376840192?s=20
Video tersebut menunjukkan pergaduhan yang berlaku di antara dua kereta yang pada mulanya hanya bergaduh mulut.
Namun begitu, tiba-tiba sahaja, ada seorang wanita yang datang menuju ke arah pemandu kenderaan Honda dan menamparnya.

Lelaki itu secara langsung membalas tamparan wanita itu dengan memberi tendangan kepada wanita tersebut dan menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

Terkejut dengan tindakan secara langsung lelaki itu, suami dan rakan kepada wanita tersebut terus menerus memukul lelaki yang menendang isterinya itu.
Namun begitu, individu yang ditampar dan dipukul oleh dua orang lelaki dekat atas jalan raya itu telah tampil bagi menjelaskan situasi sebenar.
“Dia tampar, aku sepak”

Tapi tak sampai satu hari pergaduhan mereka yang tular dekat laman Twitter ini berlaku, lelaki yang dikenali sebagai @shazmiejo telah bersemuka sekali lagi dengan pasangan yang menyerangnya dekat atas jalan raya bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.
https://twitter.com/shazmiejo/status/1201157159154634753?s=20
Alhamdulillah kalau betul-betul dah berdamai. Apa pun kalau dekat atas jalan raya kena lah saling bertolak ansur. Kalau tak puas hati sekali pun kalau boleh elakkan dari berlaku pergaduhan.