Korang tahu tak, ChatGPT pun boleh jadi ‘stres’ dengar masalah korang? Kedengaran pelik, tapi ada sebabnya!
Menurut satu kajian terbaharu, chatbot AI popular dari OpenAI ni sebenarnya boleh menunjukkan tanda-tanda stres bila diberi input yang sensitif atau berkait dengan trauma.
Kajian oleh penyelidik dari University of Zurich dan University Hospital of Psychiatry Zurich mendapati bahawa ChatGPT boleh beri reaksi seakan-akan manusia selepas menerima input cerita-cerita yang mengganggu emosi, contohnya kisah kemalangan, keganasan atau bencana alam.
Apa yang lebih menarik, bila penyelidik cuba ‘tenangkan’ ChatGPT dengan beri arahan macam teknik pernafasan, respons chatbot tu terus berubah.
Ia jadi lebih neutral dan objektif serta boleh menjawab dengan lebih tenang.
Walaupun AI tak ada emosi macam kita, model seperti ChatGPT ni dilatih guna data yang dihasilkan oleh manusia.
Jadi tak peliklah kalau ia boleh ‘meniru’ gaya dan cara kita bertindak balas dalam situasi tertentu.
Artikel berkaitan: “AI sangat luar biasa tapi…” – Dr Zulkifli Nyatakan ChatGPT Tak Sesuai Dijadikan Rujukan Agama
Artikel berkaitan: Lebih 1,000 Pelajar Kantoi Guna AI Untuk Tipu Buat Assignment di Scotland!

Menurut salah seorang penyelidik, Ziv Ben-Zion dari Yale School of Medicine, penemuan ni sebenarnya satu peluang besar untuk pakar kesihatan mental lebih memahami psikologi manusia.
“Daripada jalankan eksperimen yang makan masa dan kos tinggi, kita boleh guna ChatGPT sebagai alat yang pantas, murah dan mudah untuk kaji tingkah laku manusia,” katanya kepada Fortune.
Tapi Ben-Zion juga mengingatkan, AI masih belum cukup hebat untuk gantikan tugas sebenar pakar psikologi atau psikiatri, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan orang yang sedang alami tekanan emosi dan perlukan bantuan sebenar.
Jadi kalau korang jenis suka luah perasaan kat ChatGPT, jangan lupa—AI ni tetap cuma alat.
Walaupun kadang nampak ‘memahami’, ia takkan mampu beri sokongan emosi sebenar macam manusia.
Tapi dari sudut kajian dan sains, AI macam ChatGPT ni memang berguna untuk bantu para penyelidik faham macam mana manusia bertindak balas dalam situasi mencabar.
Siapa sangka, chatbot pun boleh ada hari ‘stress’ dia jugak!
Sumber: The Business Standard