Sesetengah orang berpendapat, semakin tinggi topi yang dipakai seorang chef atau tukang masak itu, maknanya semakin tinggilah skill dan pengalaman mereka dalam dunia masakan.
Tapi, itu topi tukang masak, ketinggian songkok pula ada memainkan peranan tersendiri ke?
Baru-baru ini, satu video lama difahamkan tular semula di media sosial yang memaparkan seorang pakcik bersongkok berjalan di dalam sebuah masjid. Mungkin kedengaran biasa, insiden yang dilaporkan berlaku di negara jiran, Indonesia itu bagaimanapun mengundang perhatian pengguna media sosial kerana ketinggian songkok yang dipakai pakcik terbabit.
Dikongsikan semula oleh laman Instagram @ngakaksehat, video pendek itu menunjukkan seorang lelaki separuh usia sedang berjalan di dalam sebuah masjid. Lengkap berpakaian kain sarung dan berbaju putih itu bagaimanapun menjadi perhatian kerana dia mengenakan songkok hitam yang berketinggian lain daripada lain.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
https://www.instagram.com/p/CfLO3YGDmld/?hl=en
Rupanya pakai songkok tinggi adat masyarakat Madura?
Setakat artikel ini ditulis, video pendek berkenaan sudah meraih lebih 70 juta tontonan dan ribuan komentar daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya terkejut dan tertanya-tanya bagaimanakah pakcik ini melakukan ibadahnya.
“Macam mana sujud tu?” komen netizen.
“Tinggi songkok dia setinggi harapan ibu bapaku pada aku,” gurau seorang pengguna pula.
Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial lain yang tampil menceritakan bahawa songkok tinggi sememangnya biasa digunakan oleh masyarakat Madura.
“Dah jadi adat masyarakat Madura pakai songkok agak tinggi. Tapi dalam video ni dah keterlaluan. Orang Madura anggap songkok sebagai jati diri dan adat,” katanya.
Sumber: IG @ngakaksehat
Baca: “Amboi meow!” – Kedai ‘Online’ Ini Jual Baju Raya Khas Untuk Si Bulus, Songkok Pun Ada