Baru-baru ini, Forbes telah keluarkan World’s Billionaire’s List yang menyenaraikan setiap billionaire yang terdapat di seluruh dunia.
Tahun ini, seramai 18 individu dari Malaysia yang masuk dalam senarai ini. Kebanyakannya adalah orang yang sama kita lihat setiap tahun dan ada juga muka baru dan individu yang terkeluar dari senarai.
Sebelum kita tengok senarai penuh 18 billionaire Malaysia yang termasuk dalam senarai Forbes pada tahun ini, jom kita kenali dulu lima jutawan yang menduduki tangga tertinggi ni.
5 ‘Billionaire’ Terkaya Di Malaysia
1. Robert Kuok
Jutawan berusia 99 tahun ini kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan sebanyak US$11.8 bilion (RM51.9 bilion).
Untuk pengetahuan korang, Robert Kuok telah lama memegang kedudukan sebagai individu terkaya di Malaysia. Selepas perang dunia ke-2, Kuok mula mencipta nama dengan mendagangkan beras, gula dan tepung gandum di Johor Bahru bersama syarikatnya Kuok Brothers pada tahun 1949.
Beberapa tahun kemudian, Kuok Brothers telah menjadi Kuok Group dan turut melibatkan diri dalam hartanah, hotel dan komoditi.
Kuok sangat berjaya dalam perniagaan gulanya sehingga dia pernah mengawal sebanyak 10 peratus perniagaan gula dunia dan mendapat gelaran “Sugar King of Asia”.
Hari ini, kebanyakan kekayaannya adalah disebabkan sahamnya di dalam Wilmar International, iaitu penapis minyak sawit terbesar di dunia yang diasaskan oleh sepupunya, Kuok Khoon Hong.
Namun begitu, perniagaan terkenalnya adalah Shangri-La Hotels and Resorts. Kuok kini menetap di Hong Kong setelah berpindah ke sana pada tahun 1973.
2. Quek Leng Chan
Individu yang berada di tangga ke-2 selepas Kuok pula adalah Quek Leng Chan yang mempunyai jumlah kekayaan sebanyak US$10.1 bilion (RM44.40 bilion).
Quek Leng Chan merupakan pengasas bersama Syarikat Hong Leong yang ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai syarikat perdagangan bahan binaan.
Hong Leong kini mempunyai sebanyak 13 anak syarikat yang bernaung di bawahnya dan memiliki seramai lebih kurang 35,000 pekerja. Perniagaannya ini telah pun dikembangkan kepada makanan, hartanah dan kewangan.
Salah satu perniagaan utamanya adalah Hong Leong Bank iaitu kumpulan perbankan ke-4 terbesar di Malaysia.
3. Ananda Krishnan
Dalam senarai Forbes tahun ini, Ananda Krishnan menduduki tempat ke-3 sebagai individu terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan sebanyak US$5.2 bilion (22.8 bilion).
Krishnan merupakan ahli perniagaan Malaysia yang telah mengasaskan syarikat pelaburan Usaha Tegas pada 1984. Melaluinya, Krishnan telah memegang saham terbesar dalam beberapa syarikat termasuk Maxis, Bumi Armada dan Astro.
4. Koon Poh Keong
Di tangga ke-4 merupakan CEO syarikat aluminum Koon Poh Keong dengan jumlah kekayaan sebanyak US$4 billion (RM17.6 bilion).
Koon Poh Keong telah membuka Press Metal sebagai syarikat alumunium tempatan pada tahun 1986 bersama empat adik beradiknya. Mereka memulakan perniagaannya dengan menyewa kilang di Puchong dan pada tahun 1999, operasi syarikat ini telah pun ditubuhkan di Eropah, Australia dan New Zealand.
Sebagai pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara, bekalannya digunakan oleh pengeluar kereta api berkelajuan tinggi, jenama makanan dan minuman serta teknologi.
5. Chen Lip Leong
Pengasas NagaWorld, Chen Lip Leong merupakan individu ke-5 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan sebanyak US$2.8 bilion.
Kalau korang nak tahun, Chen Lip Leong merupakan doktor perubatan berkelayakan. Beliau telah menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Malaya dan bekerja sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur sebelum memasuki dunia perniagaan.
Sebelum ini, syarikatnya cuba meneroka minyak di Cambodia namun memenangi kontrak untuk membuka kasino di Phnom Penh pada tahun 1994. Kasino tersebut merupakan kasino pertama di Cambodia dan mempunyai lesen untuk beroperasi sehingga tahun 2065.
Manakala dekat bawah ini pula merupakan senarai penuh billionaire yang ada di Malaysia.
Kalau korang tengok dekat atas ni, anak-anak pengasas dan pengerusi Public Bank, Teh Hong Piow turut menduduki senarai Forbes ini selepas bapa mereka meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
Anak-anaknya, Lillyn Teh Li Hua, Lillian Teh Li Ming, William Teh Lee Pang, dan Diana Teh Li Shing telah menduduki kedudukan ke 2,133 dalam senarai dunia selepas masing-masing mewarisi kekayaan bapanya.
Anak-anak perempuan Teh juga merupakan wanita pertama yang berjaya masuk ke dalam senarai jutawan Forbes ini.
Baca: Robert Kuok Tersenarai 100 Manusia Terkaya Dunia, Nilai Aset Cecah RM71.54 Bilion!