Jika anda peka dengan isu semasa, pasti anda tahu dengan situasi yang sedang terjadi di Indonesia. Indonesia kini sedang dalam keadaan porak-poranda apabila rakyat mereka membuat protes dan berarak untuk membantah perintah baru yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia.
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia telah mengeluarkan perintah Rancangan Undang-Undang (RUU) Omnibus Law Cipta Kerja dan hal ini telah mengundang kritikan daripada pelbagai pihak, terutamanya para pekerja.
Buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan Omnibus Law, boleh rujuk pada penerangan di bawah ini.
Rakyat protes dan tunjuk perasaan
Rentetan daripada perintah baru ini, rakyat Indonesia rata-ratanya menolak idea Omnibus Law dan melakukan rusuhan di jalanan, sehingga memaksa pihak polis bertindak mengawal keadaan. Meriam air dan gas pemedih mata juga dilepaskan untuk menghalang orang ramai daripada terus merosakkan kemudahan awam.
THIS IS INDONESIA! Make the higher ups remember !! The highest power is in the hands of the people! #OmnibusLawTurunkanJokowi #DPRPengkhianatRakyat #RakyatBukanCumaElu #DPRIRIKhianatiRakyat #tolakomnimbuslawdpr#demomahasiswa#TolakUUCiptaKerja #tolakomnimbuslawDPR pic.twitter.com/YcwJQ1YA54
— nilasari (@Nilasar30823482) October 9, 2020
Selain daripada protes dan rusuhan di jalanan oleh golongan muda di Indonesia, segelintir Sugar Baby dan Sugar Boy turut tampil bekerjasama untuk menentang perintah ini dengan cara mereka yang tersendiri.
Dengan menggunakan aplikasi TikTok sebagai medium penyebaran, golongan Sugar Baby dan Sugar Boy tampil meminta agar Omnibus Law dimansuhkan, atau mereka akan mendedahkan nama-nama menteri yang pernah menggunakan servis mereka.
Tidak cukup dengan sekadar ugutan, mereka juga mendedahkan beberapa nama, gambar serta video bersama menteri-menteri yang terlibat. Malah, nama hotel dan nombor bilik juga didedahkan dengan harapan agar menteri yang terlibat menarik semula Omnibus Law.
Adakah ini yang dikatakan sebagai rakyat jaga rakyat?
Terkini, rakyat Indonesia masih lagi melakukan demonstrasi dan protes secara besar-besaran meskipun jumlah jangkitan wabak Covid-19 masih lagi tinggi di negara itu. Sebagai tanda protes, #OmnibusLawTurunkanJokowi telah digunakan oleh rakyat Indonesia untuk meminta agar Presiden Indonesia, Jokowi meletakkan jawatan.
Semoga rakan-rakan kita yang berada di Indonesia dipelihara dan baik-baik sahaja.
Sumber: Detik