Ibu bapa adalah titik permulaan kehidupan setiap individu, tetapi tidak semua orang mempunyai pengalaman yang sama apabila bercakap perihal ibu bapa.
Sebuah perkongsian di Twitter baru-baru ini, menarik perhatian netizen apabila gadis yang dikenali dengan nama Cinta berkongsi yang dirinya sedang mencari bapanya yang sudah lama tidak bertemu.
Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni. pic.twitter.com/bcoWpt0BiV
— Cinta (@cintadatsme) February 20, 2022
“Cuba nasib je ni..”
Dalam tweet yang dihantarkan pada semalam, Cinta memaparkan beberapa kepingan gambar bapanya semasa muda. Dia juga berkata berkemungkinan bapanya itu sudah sedikit berusia berbanding gambar-gambar tersebut. Dalam thread yang sama, Cinta berkongsi bapanya itu terakhir dilihat di Taman Kosas, Ampang dan bapanya itu bernama Junior Liew.
Bercakap kepada Lobak Merah, Cinta berkata dia sudah cuba mencari bapanya itu selama lima tahun dan dia juga sebelum ini pernah meminta bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tidak berhasil.
Selain itu, Cinta juga berkongsi beberapa bulan kebelakangan ini, dia bertungkus-lumus mencari bapanya itu hampir setiap hari.
Terima kasih warga Twitter!
Dalam masa sehari sahaja, bapa dan anak itu kini sudah kembali berhubung! Semuanya kerana pertolongan warga Twitter yang amat peka dengan situasinya itu.
Sudah jumpa papa ku. Huhu nenek nangis. TERIMA KASIH RAKYAT TWITTER.
Next mission kena kumpul duit beli tic flight pergi balik sabah! https://t.co/LPRNlOgLHF pic.twitter.com/oRLViEN8Yc
— Cinta (@cintadatsme) February 21, 2022
Dalam tweet tersebut, Cinta berkongsi bapanya itu kini tinggal di pedalaman Sabah dan itu membuatkan bapanya sukar untuk dihubungi.
Walau bagaimanapun, dengan adanya teknologi kini anak dan bapa itu kembali bersua walaupun menerusi internet. Cinta juga berkata kini dia sedang merancang untuk pergi ke Sabah dan bertemu dengan bapanya itu dengan memulakan perniagaan tart nenas dan serum kecantikan.
Cayalah warga Twitter!
Baca: ‘Auto sebak’ – [VIDEO] Ramai Sedih Tengok Anak Meraung Tahan Bapa Dari Pergi Bertugas